Kursus Leadership Siri 1 : Rahsia Imej Pemimpin First Class | Jabatan Agama Islam Selangor | 21-22 February 2017

Imej seorang yang berkarisma, yang dilihat mampu membuat keputusan dan mempengaruhi atau imej ‘First Class’.

Ianya bukan dimiliki secara semulajadi, ianya dipelajari dan dibentuk.

Bagaimana cara kita dilihat adalah bagaimana cara organisasi tempat kita bekerja dilihat. Imej itu adalah gambaran yang kita berikan kepada umum tentang diri kita dari sudut luaran hasil daripada apa yang terpancar dari dalaman diri kita.

Imej sesebuah organisasi adalah persepsi orang lain terhadap organisasi itu setelah mereka melihat bagaimana cara orang-orang di dalam organisasi itu mempersembahkan diri mereka kepada umum melalui cara penampilan termasuk pakaian, komunikasi, tingkah-laku dan segala yang berkaitan dengan diri individu itu sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Bagi seorang pemimpin, melihat dirinya sahaja sudah cukup mendatangkan inspirasi dan mampu mempengaruhi pasukannya. Imej menjadi perkara yang lebih kritikal bagi seorang pemimpin kerana peranannya untuk mempengaruhi dan memimpin orang lain.

‘People follow people’.

Ini konsep penting yang perlu difahami dalam diri manusia. Manusia akan mengikut dan meniru manusia lain. Lebih ramai pengikut, lebih banyak pengaruh seorang pemimpin. Apa sahaja yang dipakainya di hadapan umum, apa sahaja yang dipertuturkan dan apa sahaja tingkah-laku seorang pemimpin pastinya akan diperhatikan, sama ada positif atau negatif.

Oleh itu, untuk menjadi seorang pemimpin yang diterima, yang mampu memberikan contoh yang baik, perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam melonjakkan pakej diri sebagai pemimpin yang hebat dan diingati, agar sentiasa kekal relevan dan berpengaruh dalam arus perdana.

Pada 21-22 Februari 2017 telah berlangsung Kursus Leadership Siri 1 : Rahsia Imej Pemimpin First Class bersama pegawai-pegawai yang merupakan pengurusan tertinggi daripada Jabatan Agama Islam Selangor, bertempat di Hotel Aliya, Klang Selangor.

Kursus ini membongkar personaliti ideal seorang pemimpin. Pemimpin yang hebat perlu mengambil tanggungjawab yang disesuaikan dengan gaya kepimpinan dirinya kepada keperluan pekerjanya, dan bukan mengharap pekerja dan orang bawahan menyesuaikan diri dengan gaya pimpinannya.

Knowing others is intelligence.
Knowing yourself is true wisdom.
Mastering others is strength.
Mastering yourself is true power.
~Lao Tzu~

Kami kongsikan gambar-gambar yang diambil semasa program  berlangsung.

Thursday, February 23rd, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Adzhar
Adzhar
6 years ago

Boleh saya tarikh kursus untuk tahun ini.