Kursus Ketrampilan Diri & Peningkatan Personaliti | Kementerian Belia & Sukan | 17-19 Ogos 2015

Selama 3 hari berlangsung Kursus Ketrampilan Diri & Peningkatan Personaliti bersama warga Kementerian Belia & Sukan seluruh Malaysia di Rumah Peranginan Persekutuan Camerons Highland. Antara modul yang dikongsikan adalah Asas Grooming, Analisa Personaliti & Bagaimana Meningkatkan Kualiti Personaliti Diri, Kuasa & Aura Warna, Teknik, Tips & Dress Code Pakaian Wanita & Lelaki, Amali Penjagaan Kulit Wajah & Aplikasi Mekap Ke Pejabat, Teknik Berkomunikasi Secara Profesional serta Etiket Bisnes & Sosial. Dalam menjayakan kursus ini, saya turut dibantu oleh perunding dan jurumekap profesional, Puan Mahani Rahmat.

Alhamdulillah kursus berjalan lancar bersama tim urusetia daripada KBS yang sangat pro aktif dan profesional, serta semua peserta yang bersemangat dan optimis. Semoga ada ruang dan peluang untuk bertemu lagi, in sha Allah.

Saya juga ingin kongsikan apa yang ditulis oleh para peserta di akhir kursus berkenaan penyampaian dan perkongsian saya. Terima kasih kepada semua peserta atas komen dan ‘feedback’ yang pasti menjadi penguat semangat untuk terus berkongsi ilmu.

Pendapat anda tentang penceramah dan program ini secara keseluruhan.

  1. Terbaik
  2. Amat baik dan happy
  3. Sangat seronok dan banyak memberi kesan kepada saya.
  4. Terbaik
  5. Pendapat saya, penceramah berpengalaman dan seronok didengar
  6. Cukup berpengalaman dan amat baik persembahannya
  7. Penceramah berilmu, program santai dan enjoy
  8. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam topik yang diberikan
  9. Amat membantu dan berkesan
  10. Mencapai ekspetasi dan tujuan mengikuti kursus.
  11. Selesa dan ada two-way communication
  12. Sangat berkesan dan bersesuaian
  13. Baik dan sangat memuaskan
  14. Penyampaian yang baik dan boleh difahami
  15. Penceramah untuk program ini menggunakan ayat yang lembut
  16. Penceramah untuk program ini menggunakan pertuturan yang lembut sesuai dengan rupa paras beliau.
  17. Baik
  18. Sangat bagus
  19. Penceramah sangat mesra dan memberi jawapan yang positif kepada peserta. Secara keseluruhan, program ini amat baik untuk semua penjawat awam.
  20. Banyak membantu.
  21. Penceramah sangat ceria dalam menyampaikan ceramah dan mudah difahami. Semoga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu ini bagi menaikkan imej organisasi.
  22. Penceramah sangat efektif dalam menyampaikan ceramah dan ilmu yang disampaikan senang diserap. Good luck in the future miss.
  23. Penyampaian yang jelas dan tidak memboringkan
  24. Menarik minat dan program ini amat berguna untuk saya
  25. Mudah difahami dan penceramah menerangkan keseluruhan topik dengan jelas
  26. Amat berpuas hati.
  27. Amat memuaskan
  28. Baik, semoga dapat diteruskan dimasa seterusnya.
  29. Kursus ini amat diperlukan oleh pegawai tidak kira gred
  30. Program ini membantu dalam membentuk personaliti diri saya secara keseluruhan, selain banyak info baru yang boleh dipraktikkan.

 11885097_839420156107685_4443282260229687443_n 11895941_839419076107793_155623640588308472_n 11914001_839421939440840_7025313924468713566_n 11899819_839419072774460_4577345371101173036_n 11887912_839419376107763_7446347143760752268_n 11873728_839419079441126_1163081947468604738_n 11934972_839419099441124_3018731768604136534_n 11888018_839419136107787_7411631177914811057_n 11921694_839419162774451_8195342804773837593_n 11866504_839419432774424_1543388090751674443_n 11949498_839419379441096_783714874923759567_n 11951827_839419426107758_6385887047181975052_n 11260570_839419472774420_5864292905858139966_n 11846762_839419522774415_6424251751076279767_n 11951784_839419482774419_6495092518942622300_n 11892162_839419886107712_7203337411957227244_n 10455064_839419642774403_6206765264290524760_n 11870911_839419952774372_8701332127515694277_n Kursus Ketrampilan Diri

Wednesday, August 26th, 2015
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments