Imej Muslimah Berketrampilan | PERKIM | 8 Mac 2014

Pada 8 Mac 2014 yang lepas, bersempena sambutan Hari Wanita, saya telah dijemput oleh pihak jawatankuasa PERKIM kawasan Datok Keramat untuk menyampaikan ceramah bertajuk Imej Muslimah Berketrampilan, di Dewan Masjid Khalid Al-Walid Titiwangsa.

Ilmu penampilan penting dalam memberi landasan untuk menampilkan cara berpakaian yang betul serta melambangkan peradaban wanita Islam yang tinggi dan bernilai.

Penampilan yang diperlihatkan oleh seseorang wanita Islam akan mengangkat martabat wanita Islam dan membezakan mereka daripada wanita lain.

Program ini turut diserikan dengan penampilan Ustazah Norhafizah Musa dan celebriti Salima Habibi yang menjadi panel forum bertajuk ‘Wanita Penghulu Syurga’. Di akhir perkongsian, ditunjukkan demonstrasi 3 teknik penggayaan hijab. Saya kongsikan gambar-gambar sekitar program berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan ‘Sambutan Hari Wanita Titiwangsa’ ini, serta semua peserta yang hadir dan mengambil bahagian.

Besar harapan saya agar ilmu yang telah dikongsi mampu memberi inspirasi kepada para muslimah yang hadir, terus diaplikasikan seterusnya mengangkat martabat wanita muslimah yang peradabannya hebat serta tinggi ilmunya dalam menzahirkan penampilan yang anggun dan sopan.

Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan Imej Muslimah Berketrampilan

Imej Muslimah Berketrampilan

Monday, March 10th, 2014March 10, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *