High Impact Presentation Skill | JKNNS | 24 – 25 Mei 2017

Kemahiran menghasilkan pembentangan yang berkesan merupakan satu bonus untuk melonjakkan imej dan reputasi diri seteruskan meningkatkan prestasi kerja.

high impact presentation skill

Gandakan kemahiran pengucapan awam untuk melangkah lebih jauh dalam mencapai matlamat yang lebih besar dalam kerjaya.

Alhamdulillah, berakhir 2 hari Bengkel High Impact Presenter anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) bersama Pegawai-Pegawai daripada JKNNS dari seluruh Negeri Sembilan.

Di kesempatan ini, Tim kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak JKNNS yang memberi amanah dan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan bengkel ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tim yang mantap atas teamwork yang sangat hebat, Tuan Syed Faizal S. Rahman, yang bertungkus-lumus menjayakan bengkel ini. Terima kasih juga kepada semua peserta yang memberikan sepenuh komitmen dan kesungguhan sepanjang 2 hari sesi pembelajaran.

Tahniah kepada peserta terbaik dan kesemua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh menyediakan dan mempersembahkan pembentangan yang mantap. Semoga penyampaian hebat setiap peserta di dalam bengkel ini menjadi titik tolak untuk menggandakan lagi kemahiran pembentangan mereka ke tahap profesional dan bertaraf dunia. All the best !

Kami kongsikan di sini antara maklumbalas yang diberikan :

  1. “Sangat baik, dan berkesan meningkatkan kemahiran seseorang individu dalam berkomunikasi.” – Ahmad Hazwan b. Ahmad Saferi (PPKP PKD Kuala Pilah)
  2. “Penceramah 99.99999% x 100000000… terbaik.” – Nor Muhd Azzaroy bin Nordin (Pembantu Kesihatan Awam PKD Kuala Pilah)
  3. “ Sangat berkesan! Wajar diteruskan selepas ini dan pada masa akan datang.” – Mohd Ikhwan bin A. Rahim (PKD Kuala Pilah)
  4. “ Sangat bagus.”– Mohd Helmi Mohamad (Pembantu Kesihatan Awam PKD Seremban)
  5. “Bagus.” – Mohd Nazar bin Abu Aman (Pembantu Kesihatan Awam PKD Rembau)
  6. “Sangat bagus dan berkesan.” – Muhammad Kamil Fazil (PPKP PKD Rembau)
  7. “Program yang bagus dan menarik.” – Norhanisa Othman (Jururawat JKNNS)
  8. “Menarik.” – Rajidah Ramli (Jururawat JKNNS)
  9. “Sangat bagus dan tidak membosankan, serta penuh dengan aktiviti.” – Roslinda bt. Pun (Jururawat Kesihatan PKD Jelebu)
  10. “Sangat menarik dan sangat berkemahiran dalam menyampaikan taklimat. Sangat berpuas hati.” –Nur Ervina binti Muhammad (Jururawat Kesihatan Klinik Kesihatan Lukut)
  11. “ Sangat baik.” – Noraini binti Rahamat (Jururawat PKD Kuala Pilah)
  12. “Sangat baik dan cemerlang.” – Noranida Md Shah (Jururawat Masyarakat)
  13. “Sangat memuaskan dan membantu dalam kerjaya.” – Nurhaida Hany Azminudin (Jururawat Masyarakat PKD Jelebu)
  14. “Penceramah dapat menarik minat saya untuk fokus hingga akhir kursus. Gaya dan body language penceramah yang efektif.” – Thineswany (Jururawat Kesihatan PKD Kuala Pilah)
  15. “Kursus yang menarik dan cemerlang.” – Khuzama Mohamed Ghazali (Jururawat Kesihatan Awam)
  16. “Sangat bagus.” – Anis Zulaika binti Abdul Harith (PPKP Pejabat Kesihatan Daerah Seremban)
  17. “Penceramah menghiburkan dan mampu menarik minat untuk terus mendengar dan belajar sesuatu yang baru.”– Gabriel Bunggai (PPKP PKD Jelebu)
  18. “Sangat bagus.” – Mohd Hafiz Yahaya (PPKP PKD Jempol)
  19. “Terbaik.” – Habib (PPKP PKD PD)
  20. “Terbaik.” – Mohd Syah Amirul bin Amsar (Pembantu Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Tampin)
  21. “Memberangsangkan minda.” – M. Zaiham b Daud (PKA PKD Jempol)
  22. “Amat baik dan bagus serta banyak memberi faedah dalam memberi pndidikan kesihatan.” – Siti Mariam binti Ab Wahab (Jururawat Kesihatan Port Dickson)

Tuesday, May 30th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments