Pada 21 – 23 Januari 2016 yang lepas, selama tiga hari dua malam Tim Perunding Imej Muslimah dijemput untuk mengendalikan Program ‘Corporate Image Make Over’ di Hotel Permai Kuala Terengganu. Kursus ini telah disertai oleh 33 orang peserta daripada pengurusan tertinggi dan bahagian pentadbiran Universiti, yang terdiri daripada Naib Canselor Universiti, Pendaftar, Dekan-dekan, Ketua-Ketua jabatan, Ketua-ketua Unit Universiti, Pegawai-Pegawai Tadbir dan Penolong-Penolong Pegawai Tadbir.
Kursus ini menekankan konsep transformasi imej kakitangan universiti kepada budaya imej korporat merangkumi transformasi penampilan yang profesional, adab-adab bertingkah-laku yang berbudi bahasa dan komunikasi yang mantap dan menyenangkan ketika berurusan sesama rakan sekerja, pihak atasan dan pelanggan serta tetamu.
Kursus ini menggunakan pendekatan interaktif dan ‘experiental learning’ dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali melalui ceramah interaktif, aktiviti berkumpulan, tugasan individu, persembahan video, role play dan demonstrasi.
Alhamdulillah, selepas tamat program Tim kami menerima maklumbalas yang sangat positif daripada majoriti peserta yang hadir. Mari kita lihat antara komen-komen para peserta daripada borang penilaian program yang kami terima :
“Sangat bermanfaat dan boleh diaplikasi segera.”
Puan Mohd Zubaidi b Abd Samad, Pegawai HEP, 013-9252709
“Baik dan sangat berkesan. ”
Encik Zakri b Othman, Unit Protokol
“Penyampaian jelas. Program yang bermanfaat untuk staff UCBestari.”
Puan Norashikin bt Musa, Pensyarah
“Berpuas hati dan penceramah punya pengetahuan yang mendalam perkara yang disampaikan. “
Puan Norhayati bt Awang, Pegawai Sumber Manusia
“Penceramah berkaliber, penyampaian maklumat berkesan dan semua topik jelas secara keseluruhan. “
Puan Nor Shuhada bt Embong, Pembantu Tadbir
“Puan Raihan sangat berpengalaman dan menarik dalam memberi ceramah. Program ini sangat menyeronokkan.”
Puan Noor Anisah bt Ibni Yamin, Penolong Pegawai Tadbir
“Bagus dan penceramah mampu menarik minat para peserta. “
Puan Haznida bt Shamsuddin, Penolong Pegawai Tadbir
Saya kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang kursus berlangsung;