Membina kerjaya dalam bidang seni dan kreatif bukanlah tiket untuk boleh mengenakan apa sahaja pakaian yang anda suka. Apa sahaja bidang kerjaya tetap memerlukan komitmen yang tinggi dari cara berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi. Orang yang hebat tetap bermula dengan insan biasa yang bermula dari bawah. Bagaimana hebat pun bakat dan ilmu yang ada tidak akan dapat membantu kepada kejayaan apabila tidak pandai membawa diri dan menghormati majlis dan suasana, peraturan dan orang yang ingin berurusan.
Tiada siapa yang boleh merampas bakat dan kebolehan yang ada dalam diri anda. Namun orang berbakat yang boleh menempa nama dalam industri adalah orang yang bukan sekadar bersandar pada bakat semata-mata, namun disiplin yang tinggi dalam mencipta imej profesional sebagai anak seni yang menjadikan diri anda unik dan berbeza serta maju ke hadapan lebih dari orang lain yang hanya berbangga
dengan bakat sahaja namun tidak profesional dalam mencipta pakej atau jenama diri.
Kursus ini memberikan pendedahan mencipta imej yang betul dalam menetapkan hala tuju memulakan kerjaya dalam industri seni dan kreatif. Antara penekanan yang diberikan adalah konsep merendah diri dalam imej profesional yang merangkumi menghormati orang lain dalam cara berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi yang mengikut kesesuaian masa, acara dan suasana dan dalam masa yang sama kekal menonjolkan elemen kreatif dan seni dalam kerjaya.