Penjenamaan tidak lagi hanya untuk syarikat dan perniagaan sahaja. Penjenamaan atau ‘personal brand’ juga adalah untuk pencari kerja dan individu yang ingin menonjolkan diri bagi tujuan mempromosi nilai-nilai, prinsip perjuangan, servis dan ilmu yang baik. Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan orang lain dan masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan.
Di barat pada zaman ini, antara jenama manusia yang diingati adalah seperti, Oprah, Barrack Obama, Martha Stewart dan J.K. Rowling. Artis-artis juga sentiasa menjenamakan diri, contohnya seperti Madonna yang sentiasa menjenamakan semula atau mencipta brand dirinya semula setiap beberapa tahun.
Kursus ini akan memberi pendedahan bagaimana menjenamakan diri anda sebagai seorang yang hanya satu dalam sejuta, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunya pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman. ‘MASTER YOUR SELF BRAND’ ini ialah proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional.
Pada 20 Mei yang lalu, sekali lagi Tim kami diberi amanah untuk mengendalikan Finishing School Programme Master Your Self Brand ASWARA Malaysia bersama hampir 40 orang pelajar yang akan menamatkan pengajian seni mereka.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang hadir. Semoga mereka berjaya dengan cemerlang mencapai cita-cita dan impian dalam menempa nama sebagai anak seni yang berbeza dan profesional.
Alhamdulillah, para peserta yang hadir memberikan maklumbalas yang positif dan memberansangkan. Kami kongsikan di sini antara maklumbalas yang diberikan :
- “Penceramah sangat bagus. Kaya fakta dan details.” – Muhammad Zahir bin Mohd Zaki (Pelajar ASWARA)
- “Program sangat memuaskan dan effective.” – Kamal Syafiq bin Maskat (Pelajar ASWARA)
- “Dapat menarik minat saya dari awal program hingga akhir.”– Muhammad Hakim bin Hafidzi (Pelajar ASWARA)
- “Simple but nice.” – Mas Zharif Zhafri bin Aziz Desa (Pelajar ASWARA)
- “Keseluruhan, penyampaian penceramah amat jelas.” – Ilyas bin Mohamed Roslan (Pelajar ASWARA)
- “Penceramah yang mudah difahami dan tertarik. Tahniah buat program ini.” – Mohamad Fahim bin Mohammad Al (Pelajar Teater ASWARA)
- “Penceramah sangat bertenaga dan tidak membosankan.” – Nurul Haswani bt Yahya (Pelajar ASWARA)
- “Professionally know how to speak in front of uni students.” – Ahmad Nazrin Mansor (Degree Student ASWARA)
- “Karisma.” – Muhammad Farique Ajim Shah b. Abdul Rahman (Degree Student ASWARA)
- “Saya sangat berpuas hati dengan penceramah ini dan program dan topik dibual dan dibincang sangat sesuai dan tiptop! ” – Farhana Asuar (Pelajar ASWARA)
- “Isi kandungan program sangat mudah difahami.” – Muhammad Anas Syafwan (Pelajar ASWARA)
- “Sangat mudah difahami yang dijelaskan.” – Salman Al Farisi (Pelajar ASWARA)
- “Program jelas, gaya penyampaian berkesan, aktif & efektif. Best !” – Nursuhada Sayuti (Pelajar ASWARA)