Aksesori Pelengkap Penampilan Wanita

Baru-baru ini saya dihubungi oleh akhbar Kosmo untuk mengulas berkaitan pemakaian aksesori bagi wanita yang terlibat dalam dunia korporat.

Aksesori dan wanita adalah dua perkara yang tidak mungkin dipisahkan. Malah Islam meraikan fitrah semulajadi wanita yang memang sukakan perhiasan namun terdapat panduan khusus dalam mengenakan aksesori atau perhiasan iaitu aksesori yang biasa sahaja dan tidak berlebih-lebihan, tidak mendatangkan fitnah dan tidak menarik perhatian serta tidak memudaratkan.

Prinsip yang sama juga digunakan sebagai panduan dalam penampilan wanita yang terlibat dalam bidang korporat. Mereka perlu mengetahui tatasusila pemakaian termasuk mengenakan aksesori untuk memastikan urusan dapat dilakukan dengan efisien.

Sebagai mematuhi prinsip penampilan yang tidak berlebih-lebihan dan tidak menarik perhatian, wanita digalakkan untuk memakai hanya lima jenis aksesori dalam satu-satu masa.

Aksesori ini adalah aksesori yang biasa bagi seorang wanita iaitu hanya sebentuk cincin di jari kanan dan kiri, atau di sebelah sahaja, gelang tangan yang tidak terlalu labuh dan menarik perhatian, rantai, jam tangan dan anting-anting juga yang tidak labuh dan berbunyi atau keronsang bagi wanita bertudung.

Bagi seorang wanita yang berkeyakinan apabila berurusan sebaiknya penampilannya termasuk aksesori yang dipakainya mampu membantu menonjolkan karakternya yang kukuh dan kredibiliti diri serta nilai-nilai yang baik yang ada dalam dirinya, bukannya menjatuhkan kewibawaannya dengan aksesori yang terlalu besar dan banyak, berlebih-lebihan, berkilauan, labuh sehingga bergoyang-goyang dan berbunyi.

Wanita perlu memastikan setiap aksesori yang dipakainya ketika berurusan saiznya tidak melebihi diamater 3 jarinya atau kalau zaman dahulu diukur dari diameter duit syiling 50 sen. Ini bagi memastikan urusan dapat berjalan dengan baik dan fokus tanpa gangguan dari aksesori-aksesori yang terlampau menarik perhatian.

Prinsip wanita profesional bukanlah ingin kelihatan cantik dan menarik perhatian tetapi penampilannya mempamerkan kesedian dan komitmen untuk melakukan urusan kerja.

Dalam pada itu, wanita yang ingin manggayakan aksesori termasuk tudung yang sarat dengan aksesori dan perhiasan perlu bijak melakukan suai padan pakaian seperti pemilihan palet yang tidak terang atau mengurangkan aksesori dalam penampilan.

Aura penampilan individu tidak terletak pada harga beli atau nilai eksklusif pakaian yang digayakan tetapi kesesuaian penampilan tersebut dalam acara yang dihadiri.

Aksesori Pelengkap Penampilan Wanita

Thursday, July 23rd, 2015
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hosting
8 years ago

Kebanyakan wanita Romantik gemar memakai aksesori sebagai pelengkap gaya tudung mereka. Mereka akan rasa kosong kepada penampilan jika tiada aksesori.