Transformasi Etiket & Penampilan Dalam Imej Profesional | MPSJ | 13 Januari 2015

‘New year new look’, antara tema di sebalik penganjuran kursus ini. 2015 membuka satu lagi lembaran dalam perjalanan kehidupan peribadi dan kerjaya kita. Tahun demi tahun silih berganti dan semakin meningkat perjalanan dan pengalaman hidup yang dilalui bagaimanakah penilaian orang lain terhadap identiti dan imej diri kita. Adakah imej dan ketrampilan diri kita sedang berada pada landasan yang betul, terpesong sedikit, terus tergelincir, berpatah balik ke belakang atau semakin mantap dan mara ke hadapan.

Pastikan setiap hari bermula tahun baru 2015 ini kita sentiasa meneliti setiap penampilan, adab dan perlakuan serta isi percakapan kita setiap hari. Adakah semakin baik dan berkualiti atau sebaliknya. Imej dan penampilan melambangkan identiti kita. Pastikan penampilan kita sentiasa mencerminkan perkara-perkara positif dan kualiti peribadi yang kita inginkan.

Manfaatkan penampilan dan pakaian sebagai cara kita merangsang semangat dan membina keyakinan diri kita sendiri. Kajian menunjukkan penampilan luaran mampu mempengaruhi keadaan mental kita dan cara kita berfikir. Dengan penampilan yang kemas dan rapi, fikiran kita juga akan turut menjadi kemas dan rapi.

Penampilan kita bukan hanya akan mempengaruhi cara kita berfikir tentang diri kita sendiri, tetapi ia juga akan mempengaruhi persepsi orang lain terhadap diri kita. Orang lain akan percaya apa yang dilihat oleh mereka. Persepsi mereka terhadap imej

diri kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap diri kita seterusnya mempengaruhi tindakan mereka.

Imej yang hebat bermula dengan sasaran yang jelas. Tetapkan sasaran yang jelas bagaimana persepsi orang lain terhadap imej diri kita, ianya penting dalam memantapkan status peribadi dan kerjaya kita. Imej bukanlah segala-galanya namun tanpa imej yang tepat, kita tidak mungkin dapat meyakinkan orang lain tentang prinsip yang hebat, nilai-nilai positif, potensi besar dan kemampuan serta bakat yang ada dalam diri kita. Memang benar secara teorinya, intelek dan bakat adalah lebih penting daripada penampilan. Namun realitinya, orang sekeliling kita menilai diri kita daripada penampilan yang kita tonjolkan.

Penampilan adalah perkara pertama yang dilihat, dan ia juga yang pertama dinilai. Tanggapan pertama ini juga yang biasanya kekal lama. Memilih imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier serta bisnes kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej bisnes kita atau syarikat tempat kita bekerja.

Pada 13 Januari baru-baru, sebagai pembuka tirai tahun baru 2015, telah berlangsung Kursus Transformasi Etiket & Penampilan Dalam Imej Profesional bersama pegawai-pegawai dan kakitangan MPSJ di Kompleks 3C Bandar Sunway, Petaling Jaya. Saya kongsikan di bawah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat diambil semasa program berlangsung.

10514424_10203785590986281_1722102397338334941_o10904552_10203785590506269_7560006562405529782_o10522141_10203785589746250_1145255957831777012_o10914870_10203785591186286_9212680642740821313_oTransformasi Etiket

Friday, January 16th, 2015
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments