1. Saya mengesahkan bahawa setiap maklumat yang saya berikan di dalam borang pendaftaran adalah benar dan tepat.
  2. Kursus akan dijalankan apabila jumlah peserta yang telah mendaftar mencukupi kuota yang ditetapkan untuk setiap kursus. Sekiranya kuota peserta tidak cukup, para peserta akan dimaklumkan dan diberikan tarikh kursus yang baru.
  3. Tarikh kursus adalah tertakluk kepada pindaan pihak Perunding Imej Muslimah.
  4. Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan, namun peserta boleh mendapatkan peserta lain untuk menggantikan penyertaan dengan memberikan maklumat peserta ganti kepada penganjur.
  5. Pembayaran yuran kursus hendaklah dibuat selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh kursus untuk mengesahkan penyertaan.
  6. Peserta perlu mengisi Borang Pendaftaran dan Borang Penilaian Kursus secara online (link Borang Penilaian akan diberikan oleh pihak urusetia kursus di WhatsApp Group) untuk mendapatkan E-Sijil penyertaan kursus.
  7. E-Sijil penyertaan akan diberikan pada 5 hari bekerja selepas kursus tamat melalui emel.
  8. Segala bahan rujukan, rakaman dan ebook yang disediakan adalah hak milik Perunding Imej Muslimah sepenuhnya. Segala bahan tersebut tidak dibenarkan untuk dikongsi, dijual, dirumuskan, diedar, dijadikan bahan latihan umum dan digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja terbitan tanpa kebenaran bertulis daripada Perunding Imej Muslimah.
  9. Setiap kandungan audio, video, animasi, tulisan dan grafik didalam program ini adalah dilarang untuk dirakam, dikongsi dan disebarkan kepada umum tanpa kebenaran bertulis daripada Perunding Imej Muslimah.
  10. Setiap satu (1) nombor invois bayaran adalah untuk peserta yang berdaftar, (satu nama hanya untuk satu pendaftaran). Slip invois akan dihantar melalui email yang diberikan ketika pendaftaran.
  11. Pihak Perunding Imej Muslimah berhak untuk meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa yang dianggap relevan kepada situasi syarikat.