Penampilan yang sopan pastinya memerlukan ketelitian termasuklah pemakaian brooch. Kesederhanaan adalah konsep utama yang perlu diberi perhatian di dalam pemilihan brooch.
Selain daripada itu, bentuk, warna dan corak brooch haruslah disesuaikan mengikut bentuk muka dan pakaian yang dikenakan. Sebaiknya saiz (lebar dan panjang) brooch yang dipakai tidak lebih daripada saiz tiga jari anda, dan bilangan brooch yang kelihatan di dalam penampilan anda tidak lebih daripada dua brooch pada satu masa.
Berhati-hati juga semasa memilih bahagian badan untuk pemakaian brooch, mungkin ada yang tidak sedar brooch yang disematkan di
tudung yang berdekatan dengan kawasan dada telah menarik perhatian umum.