Mencapai Karisma Dan Kematangan Kepimpinan Dalam Usia Muda

Minggu lepas ketika menonton dunia jam 10, berita pilihanraya Sepanyol dan wajah-wajah pemimpin muda ini cukup menarik perhatian saya.

Apa yang mengejutkan, tiga daripada empat orang pemimpin parti yang bersaing dalam pilihanraya di Sepanyol baru-baru ini adalah pemimpin muda yang berjaya memimpin parti mereka sehingga menang majoriti yang membolehkan mereka membentuk kerajaan, dan dua orang yang termuda daripada mereka ini berjaya memimpin parti yang tidak pernah mendapat tempat sejak tahun 1980an dalam pilihanraya di Sepanyol.

Dan yang cukup menarik perhatian saya bagaimana mereka mampu mencapai kemuncak karisma dan kematangan dalam kepimpinan seawal umur 36 tahun, 37 tahun dan 42 tahun?

Saya tidak berminat untuk bercerita mengenai persoalan politik dan polisi serta agenda politik mereka sehingga berjaya mempengaruhi dan memperolehi sokongan dan keyakinan rakyat Sepanyol dalam memimpin dan mengurus sebuah kerajaan.

Dalam hal ini, saya lebih tertarik kepada daya karisma dan daya kepimpinan tiga daripada empat pemimpin tersebut yang secara relatifnya termasuk dalam ketogori kepimpinan muda.

1) Albert Rivera berumur 36 tahun, dilahirkan pada 15 November 1979, yang memimpin Parti Ciudadanos.

_87314411_87314410

2) Pablo Iglesias dilahirkan pada pada 17 Oktober 1978, berumur 37 tahun, yang memimpin Parti Podemos.

_87314316_87314315

Gambar di bawah ini adalah keempat-empat pemimpin parti politik yang telah berjaya memenangi peratusan kerusi pilihanraya umum Sepanyol baru-baru ini.

 

_87215736_leaders

1) Gambar pertama,Pablo Iglesias dilahirkan pada pada 17.10.1978, berumur 37 tahun.

2) Gambar kedua, Pedro Sanchez dilahirkan pada 29.2.1972, berumur 43 tahun.

3) Gambar ketiga, Albert Rivera dilahirkan pada 15.11.1979, berumur 36 tahun.

4) Gambar keempat, Mariano Rajoy yang dilahirkan pada 27.3.1955, berumur 60 tahun.

Dan ketiga-tiga pemimpin ini mampu menyaingi pengaruh pemimpin sedia ada, Mariano Rajoy, berumur 60 tahun, yang memimpin Parti Popular (Parti utama yang menang sejak tahun 1980an).

 

Kemenangan seimbang keempat-empat parti politik ini telah memecah tradisi politik Sepanyol sebelum ini yang secara tradisinya dimenangi oleh satu dan dua parti utama sahaja semenjak pertengahan tahun 1980an.

Mencapai Karisma Dan Kematangan Kepimpinan Dalam Usia Muda

Persoalannya, bagaimana ketiga-tiga pemimpin muda ini mampu mencapai kemuncak karisma dan kematangan dalam kepimpinan seawal umur 36 tahun? Bagaimana mereka mendapat kepercayaan ahli parti untuk memimpin parti mereka seterusya mempunyai daya memimpin dan mempengaruhi yang tinggi sehingga berjaya meraih kepercayaan rakyat Sepanyol, rakyat sebuah negara maju dan salah sebuah kuasa utama ekonomi di rantau Eropah.

Saya terfikir bahawa mereka ini mungkin adalah daripada golongan pemimpin pelajar yang telah dilatih bakat kepimpinan dari kolej dan universiti. Namun persoalannya bagaimana mereka mampu mendapat tempat dalam memimpin masyarakat selepas keluar daripada kolej.

Apa yang kita boleh lihat di sini, faktor usia bukan halangan untuk mencapai daya kematangan kepimpinan. Bagi orang muda, jangan letakkan halangan pemikiran untuk mencapai daya kematangan kepimpinan dalam usia muda. Banyak mutiara dan potensi diri yang boleh diasah dan dibangunkan bermula hari ini. Tajamkan daya pemikiran, daya komunikasi, daya mempengaruhi, ketrampilan dan cara membawa diri serta kemampuan menyusun strategi sehingga mencapai hasil yang membanggakan.

 

 

 

Friday, January 1st, 2016
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments