Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pembekal, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya. Dalam dunia sukarelawan dan profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusan sukarelawannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang sukarelawan yang disegani, seterusnya sentiasa kekal relevan dalam arus industri.
Pada 21 April 2016 telah berlangsung Kursus Komunikasi Berkesan di Dewan Raja Lumu, Muzium Sultan Alam Shah. Para peserta yang hadir adalah wakil dari Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor. Semoga ilmu yang diperolehi dari kursus ini akan meningkatkan keyakinan diri para peserta untuk lebih berani dan berketrampilan ke hadapan berurusan dengan pelbagai pihak dalam memperjuangkan misi dan visi organisasi mereka.
Antara gambar-gambar semasa program berlangsung;