Dengan memiliki kemahiran komunikasi secara profesional (business communication), seorang usahawan akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada dalam diri dan syarikat mereka.
Kemahiran komunikasi akan membuatkan seorang usahawan berkeyakinan untuk menjual kepintarannya, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang usahawan yang disegani dan pemilik perniagaan yang mempunyai produk serta perkhidmatan yang berkualiti, seterusnya sentiasa kekal relevan dalam arus industri.
Selama empat hari berlangsung Kursus Kemahiran Komunikasi Untuk Usahawan di IKPK Pahang, yang mengumpulkan peserta-peserta dari seluruh Malaysia. Selama empat hari ini juga mereka memberikan seluruh komitmen demi memperolehi ilmu untuk kemajuan diri dan bisnes mereka.
Tim Perunding Imej Muslimah mengucapkan tahniah atas kegigihan para peserta atas semangat dan komitmen yang luar biasa walaupun kursus berlangsung hingga ke malam hari, bagi mempelajari 8 modul komunikasi usahawan profesional. Para peserta begitu tekun mengambil bahagian dalam proses pembelajaran yang penuh dengan aktiviti, latihan, simulasi, role play dan pembentangan.
Kami doakan semoga setiap peserta yang hadir dipermudahkan untuk mengaplikasikan setiap ilmu yang dikongsikan, dalam usaha memajukan diri dan melonjakkan perniagaan mereka, in sha Allah.
Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil sepanjang 4 hari kursus berlangsung.