Seminar Rahsia Imej First Class
BAGAIMANA UNTUK TAMPIL FIRST CLASS?
Ketahuilah Bagaimana Untuk Tampil “FIRST CLASS” Dengan Imej Sederhana Namun Berpengaruh Dalam Seminar Ini
Seminar Rahsia Imej First Class
Adakah puan-puan berasa yakin dengan GAYA PERSONALITI anda sekarang ini cukup untuk menjadikan anda seorang WANITA berimej FIRST CLASS dan ELITE ? Faktor usia BUKAN PENGHALANG bagi WANITA untuk tampil dengan KARAKTER DIRI yang lebih KARISMATIK. WANITA yang berumur juga mampu melonjakkan imej diri secara DRASTIK! Menjadi WANITA yang mempunyai imej diri ‘tip-top’ BUKAN LAGI FANTASI ! Kami akan bantu anda untuk menjadi seorang wanita yang BERKETRAMPILAN FIRST CLASS. Setiap WANITA mampu menjadi FIRST CLASS bila tahu ilmu dan caranya!
l
ANTARA TOPIK YANG ANDA AKAN BELAJAR IALAH:
- Bagaimana menentukan ton kulit anda (skin tone & skin undertone) untuk membeli WARNA PAKAIAN, AKSESORI DAN MAKE UP yang menyerlahkan ‘WOW’ diri anda?
- Apakah 10 PANTANG LARANG penampilan yang akan merosakkan imej first class anda?
- Apakah teknik make up yang kemas dan mudah untuk kelihatan sederhana namun ‘FIRST CLASS’ ?
- Bagaimana menentukan BRANDING DIRI anda melalui koleksi warna pakaian?
- Bagaimana CARA MEMILIH PAKAIAN yang sesuai dengan bentuk dan rangka tubuh anda? (Ilmu ini akan menyebabkan anda tidak perlu membazir masa dan wang membeli baju, tudung dan aksesori yang tidak sesuai dengan diri anda).
SPEAKER RAHSIA IMEJ FIRST CLASS
Raihan binti Abdul Rahman adalah seorang perunding dan jurulatih imej bertauliah daripada Akademi Perunding Imej Profesional Malaysia, Certified International Fashion & Style Consultant serta Certified International Color Consultant daripada ByFerial AICI. Beliau juga adalah Certified Competent Trainer daripada Perbadanan Sumber Manusia Berhad, dan turut menerima pengiktirifan sebagai Certified NLP Practitioner National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat. Beliau turut menerima Mastery Learning Facilitator di bawah Take Charge! Learning Facilitator System. Raihan merupakan ahli kepada Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS) serta ahli kepada Pertubuhan Perunding & Motivasi Malaysia (TAMRIN). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Raihan juga adalah penulis tetap blog www.perundingimejmalaysia.com yang banyak berkongsi pelbagai tips penampilan, komunikasi profesional dan etiket sosial. Raihan mempunyai pengalaman selama 14 tahun sebagai perunding dan jurulatih dan telah berpengalaman mengendalikan lebih dari 800 program training. Beliau aktif mengendalikan kursus-kursus berkaitan pengurusan imej profesional organisasi, komunikasi profesional, etiket sosial, etiket bisnes dan korporat, transformasi pengurusan pelanggan profesional dan etiket berkomunikasi dalam organisasi. Raihan telah mengendalikan program latihan dengan pelbagai agensi kerajaan dan korporat. Sehingga kini, sudah hampir 24000 orang telah menghadiri program latihan yang dikendalikan oleh beliau.
Setelah 14 tahun mengendalikan program-program latihan dan berkongsi dengan ramai orang terutamanya dalam ilmu penampilan dan imej first class, kini tibalah masanya Raihan ingin berkongsi pengalaman dan ilmu beliau untuk membantu lebih ramai individu di luar sana dalam satu seminar yang santai iaitu ‘Seminar Rahsia Imej First Class’ . Ramai yang telah meminta Puan Raihan berkongsi ILMU dan PENGALAMAN sepanjang 14 tahun beliau berada dalam bidang konsultansi ini.
l
TESTIMONI PELANGGAN YANG TELAH MENGHADIRI SEMINAR INI
SIAPA YANG PERLU HADIR SEMINAR INI?
- Usahawan
- Guru
- Trainer
- Pensyarah
- Penceramah
- Ejen Insurans
- Pengusaha Butik
- CEO, Pemilik Syarikat
- Kakitangan Organisasi
- Penjual Produk Kecantikan
- Mahu Bina Pelanggan Setia
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Mahu Imej Bisnes Bertaraf First Class
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.