Dalam dunia profesional, mempunyai kemahiran dalam mengurus tugasan di pejabat dan kemahiran interpersonal merupakan pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang setiausaha yang diidamkan.
Penganjuran kursus ini adalah untuk memindahkan kemahiran dan teknik bagaimana menjadi seorang setiausaha yang berkredibiliti dan berketrampilan, seterusnya melahirkan keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dengan lebih mantap dan berwibawa.
Matlamat akhirnya ialah dapat melengkapkan seorang setiausaha dengan ilmu dan teknik untuk menjalankan tugas-tugas dengan lancar, kemas dan tersusun di samping memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi.