Untuk berjaya, menjadi seorang yang berani kadangkala adalah lebih penting daripada menjadi seorang yang bijak. Ada perkara yang lebih penting daripada kebijaksanaan dalam hidup ini, iaitu keberanian.
Namun aspek keberanian yang ingin saya sentuh kali ini adalah berani menerima persepsi orang lain. Ada orang terlalu takut untuk menerima persepsi sehingga ketakutan itu menghasilkan tindakan yang mendahului persepsi yang belum pun lagi berlaku.
Kita perlu berani menerima persepsi yang bertentangan dengan niat dan tindakan kita. Jangan terlalu membelenggu kehidupan dengan menjadi terlalu takut dengan persepsi orang lain, sehingga kita melakukan tindakan hasil dari persepsi negatif yang kita cipta sendiri.