Pada 10 Jun yang lepas, saya diberikan amanah menyampaikan ilmu kepada 110 orang kakitangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Alhamdulillah kursus berjalan dengan lancar dan para peserta sangat teruja dan mengambil bahagian aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran yang disampaikan. Kursus dijalankan secara interaktif di mana pembelajaran disampaikan secara dua hala melibatkan aktiviti latihan secara individu dan berkumpulan, demonstrasi, tayangan video, simulasi dan role play.
Saya kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil semasa kursus berlangsung: