Imej seorang guru, gayanya berpakaian, berjalan, berdiri, bercakap dan apa sahaja yang dilakukan, akan sentiasa memberi inspirasi kepada para pelajarnya.
Pada 14 Januari 2017, saya berkongsi ilmu bersama lebih 100 orang guru yang bersemangat dan pro aktif mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Transformasi Penampilan Dan Imej Profesional Guru. Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru SMK Badak, Bachok, Kelantan yang berusaha untuk menjayakan kursus ini.
Di dalam kursus ini penekanan diberikan kepada tatacara berpakaian bagi guru-guru sebagai penjawat awam dan ciri-ciri pada imej seorang guru yang berwibawa dan memberi inspirasi.
Para peserta ditunjukkan dress code pemakaian iaitu ‘corporate dressing’, ‘formal’,’smart casual’ dan ‘casual’. Mereka diberikan penjelasan beserta ditunjukkan contoh pakaian-pakaian termasuk apa yang dimaksudkan dengan ‘two piece suit’ dan ‘three piece suit’ bagi lelaki dan wanita. Para peserta wanita juga ditunjukkan contoh kategori baju kurung dan suit mengikut dress code.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan jawatankuasa penganjur yang terlibat. Saya kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil semasa kursus berlangsung: