Semalam saya berkongsi ilmu bersama seratus orang pelajar tahun akhir fakulti Islamic Banking & Finance dan fakulti keusahawanan dalam bengkel kerjaya.
Bengkel ini memberikan kemahiran kepada mereka bagaimana menyediakan diri untuk alam pekerjaan termasuk menyediakan koleksi baju mengikut peraturan berpakaian dalam kerajaan dan swasta, pakaian ketika menghadiri temuduga dan membina kemahiran komunikasi dan etiket profesional.
Pada sebelah petang mereka mempelajari bagaimana menyediakan resume yang kompetitif dan kemahiran menghadiri temuduga.
Bengkel ini turut dibantu oleh rakan konsultan imej iaitu Puan Noor Fadilah Ambo. Terima kasih kepada Puan Masfufah pensyarah Kolej Profesional Mara Bandar Melaka bersama tim yang bertungkus-lumus menjayakan bengkel ini serta semua peserta yang bersemangat dalam membina masa hadapan mereka. Saya ucapkan selamat berjaya menempuh alam pekerjaan dan semoga mencapai cita-cita yang diimpikan.