Pengurusan Imej & Penampilan Diri | 27-28 November 2014| KPJ JOHOR Specialist Hospital

Imej kakitangan adalah penentu kepada reputasi, nama baik, kredibiliti dan jenama unggul sebuah organisasi yang kukuh. Dengan kerjasama Syarikat Langkah Hijrah Sdn Bhd, saya dijemput memberikan konsultansi imej selama 2 hari kepada hampir 35 orang kakitangan barisan hadapan KPJ Johor Specialist Hospital bermula 27hb hingga 28hb November 2014.

Konsep penjenamaan imej profesional dan perkhidmatan pelanggan kelas pertama dipasakkan dalam minda setiap peserta di setiap sesi program dengan pengisian dan  praktikal berkaitan transformasi penampilan diri profesional, etiket bisnes dan teknik komunikasi pelanggan yang mantap.

Kursus ini banyak memberikan penekanan mengenai layanan profesional terhadap pelanggan dan komunikasi pelanggan kelas pertama, termasuk kemahiran bagaimana nada suara dan isi percakapan serta kelakuan seorang  petugas yang menunjukkan perasaan kasih sayang, keikhlasan serta keyakinan dan dalam masa yang sama juga sentiasa menunjukkan sikap profesional dan prinsip yang tiada kompromi dalam kualiti perkhidmatan kelas pertama.

‘Our attitudes are at the heart of customer engagement’.

Para peserta kelihatan cukup bersemangat dan memberikan komitmen yang sangat membanggakan sepanjang 2 hari kursus berlangsung, menandakan betapa mereka begitu komited untuk menjadi kakitangan profesional dan duta organisasi yang menyebarkan misi dan visi yang jelas mengenai perkhidmatan cemerlang dan profesional KPJ Johor Specialist Hospital , sebuah jenama perkhidmatan hospital pakar terkemuka negara.

Saya kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung;

10658616_881100295256074_9044219795855040844_o 10818447_881101661922604_1641530982859481995_o 885525_881101408589296_7580457536161952653_o 10620205_881101048589332_726739149980310397_o 1801170_881101008589336_1103126567549520861_o 10750022_881100835256020_8369391820319417591_o 1465816_881100575256046_339984102641005768_o 1039613_881100515256052_6972975630612992322_o 10448673_881100458589391_299247586496122016_o 10749946_881102031922567_277181684656054838_o 10634092_881101931922577_9180304399976078082_o Kursus Pengurusan Imej

Saturday, November 29th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments