You Are What You Wear : Imej & Etika Berpakaian | UM | 5-6 Jun 2014

Satu lagi projek kerjasama dengan Global Genius Sdn Bhd, Kursus You Are What You Wear : Imej & Etika Berpakaian, di Wisma R&D UM pada 5-6 Jun 2014 yang lalu.

Para peserta terdiri daripada 23 orang daripada kumpulan Pengurusan & Profesional yang berkhidmat dengan Universiti Malaya. Perkongsian selama dua hari ini menyentuh antaranya ; bagaimana pemilihan pakaian menonjolkan gaya personaliti diri, gaya pemikiran dan tahap intelektualiti seseorang, cara berpakaian juga mampu mendatangkan rasa pengaruh dan hormat orang lain, dan cara berpakaian juga mampu menonjolkan professionalisme, kemampuan dan nilai-nilai positif seseorang.

Para peserta dibawa mengenali stail personaliti masing-masing dalam memilih pakaian, dan bagaimana kebijaksanaan seseorang dinilai daripada bagaimana dia menyesuaikan personaliti tertentu mengikut suasana dan masa berurusan serta siapa kumpulan sasaran dalam urusan tersebut.

Para peserta juga didedahkan dan diberi kefahaman mengenal bentuk tubuh dan bentuk wajah, serta ton warna dalam penampilan, dan bagaimana ilmu mengenal fizikal diri ini mampu memberi kemahiran kepada mereka memilih pemakaian yang sesuai dan tepat dengan diri mereka.

Para peserta juga diberi kefahaman dalam etika berpakaian berdasarkan tema formal, semi-formal/smart casual, casual dan corporate look. Selain daripada itu, mereka juga diberikan input dalam ‘business etiquette’ dan komunikasi professional apabila berurusan.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa program berlangsung :

You Are What You Wear

You Are What You Wear

You Are What You WearYou Are What You WearYou Are What You WearYou Are What You WearYou Are What You Wear

Sunday, June 8th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments