Fokus ketrampilan dan penampilan diri seorang wanita bekerjaya/ setiausaha profesional pada zaman ini bukan semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya namun yang jauh lebih penting daripada itu adalah penampilan kita menampilkan sikap profesionalisme dalam kerjaya, kredibiliti dan keyakinan diri serta mampu mempengaruhi orang lain dengan prinsip dan idea serta mampu menyebarkan aura positif kepada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling atau yang berurusan dengan kita.
Kursus Profesionalisme Setiausaha Pejabat telah berlangsung pada 6-9 Mei 2014. Saya telah berkongsi teknik ketrampilan diri termasuklah grooming 101, gaya personaliti diri dan personaliti profesional, mengenal warna berdasarkan empat kualiti warna dan mesej yang disampaikan secara psikologi melalui penampilan, mengenal dan mengukur bentuk wajah, teknik berpenampilan yang sesuai mengikut bentuk wajah, 5 teknik penggayaan hijab mengikut majlis dalam tema anggun dan sopan, serta mengukur serta memahami bentuk dan frame tubuh seterusnya mempelajari teknik berpakaian yang sesuai mengikut bentuk tubuh.
Seorang wanita yang profesional dalam penampilannya tidak fokus semata-mata untuk kelihatan cantik atau dipuji cantik, tetapi yang jauh lebih penting adalah penampilan yang sofistikated, simple namun elegan dan profesional. Sesiapa sahaja boleh kelihatan cantik, kerana untuk menjadi cantik sangat mudah dengan meletakkan segala aksesori, mekap, pakaian, warna dan perhiasan yang boleh didapati dan dibeli di merata-rata tempat pada zaman ini. Namun yang menjadi cabaran bagi seorang wanita/ setiausaha profesional dalam penampilannya adalah penampilan yang simple namun sofistikated, elegan dan sopan, tidak berlebih-lebihan dalam mengenakan aksesori dan mekap, mempunyai penampilan yang kemas, berpadanan serta penampilan yang terancang/teratur yang menampilkan komitmen yang tinggi dan penampilannya juga menonjolkan kekuatan karakter dirinya bukan kelebihan aksesori, perhiasan atau mekapnya.