Your dressing and grooming must be a true reflection of who you are and how you feel. Powerful ! Self-confident ! Successful !
Membuat penilaian terhadap imej semasa diri kita adalah satu keperluan, apakah jawatan dan karier kita, ke mana sasaran karier dan apakah keutamaan imej yang ingin ditonjolkan oleh syarikat atau organisasi kita. Hanya apabila mengetahui sasaran yang jelas, kita akan dapat menentukan apakah imej yang perlu kita tonjolkan.
Memilih imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila anda jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier anda, seterusnya mampu memadankan imej personal anda dengan imej syarikat atau organisasi tempat anda bekerja.
Di bawah adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat diambil semasa saya mengendalikan kursus Personal & Corporate Grooming di UDA Holdings semalam.