Seminar Penampilan Imej Muslimah

Ilmu penampilan penting dalam memberi landasan untuk menampilkan cara berpakaian yang betul
serta melambangkan peradaban wanita Islam yang tinggi dan bernilai. Penampilan yang diperlihatkan
oleh seseorang wanita Islam akan mengangkat martabat wanita Islam dan membezakan mereka
daripada wanita lain. Reputasi dan kredibiliti seorang muslimah adalah daripada kemahiran berpakaian
dan berpenampilan yang mematuhi konsep yang tepat dalam menutup aurat.

 

OBJEKTIF

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan pemahaman para peserta mengenai konsep berpakaian dan
berpenampilan patuh syariah dan aplikasi tatacara penampilan diri yang betul meliputi cara memakai
tudung/hijab patuh syariah dan cara berpakaian dan berpenampilan yang betul mengikut konsep
menutup aurat semasa ke pejabat / korporat, dalam majlis dan acara separuh rasmi.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir program ini nanti, para peserta akan :

  • Memahami konsep menutup aurat dan penampilan patuh shariah.
  • Menyedari kesilapan-kesilapan dalam imej yang tidak patuh shariah
  • Mengenalpasti dan memahami kod pakaian korporat, formal, separuh formal dan santai patuh
    syariah.
  • Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional
    dalam konsep patuh shariah.
  • Mengetahu beberapa tenik dan cara menggayakan hijab dalam konsep bergaya namun patuh
    shariah.
  • Memahami konsep mekap, niat dalam merapikan wajah untuk berurusan, tidak berlebih-lebihan dan aplikasi mekap semasa berurusan / ke pejabat.
  • Mengenalpasti bentuk tubuh seterusnya mengetahui teknik dan tatacara pemakaian yang sesuai
    mengikut bentuk tubuh, serta memahami hubungan antara kemahiran mengenalpasti bentuk tubuh dalam aplikasi penampilan patuh shariah.
  • Memahami konsep imej muslimah secara keseluruhan, meliputi aspek adab-adab dalam
    berkomunikasi dan berurusan, dalam konsep patuh shariah.
  • Mempraktikkan etiket bisnes dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, dalam pergaulan dan urusan kerja serta meningkatkan reputasi imej muslimah.

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Persembahan video
  • Role play
  • Demonstrasi

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1: Konsep Menutup Aurat Dan Penampilan Patuh Shariah
  • Modul 2: Konsep Hijab Dan Teknik Menggayakan Hijab Patuh Shariah
  •  Modul 3: Fesyen Pakaian Dan Aplikasi Pemakaian Patuh Shariah
  • Modul 4: Konsep Make-Up Dan Merapikan Wajah Dalam Berurusan
  • Modul 5: Adab-Adab Berkomunikasi Dan Berurusan

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

 Fesyen Muslimah : Cinderella VS Kak Limah, Ideal Women Convention UMP, 16 November 2016

.

Kursus Transformasi Imej Muslimah Profesional, Lembaga Pertubuhan Peladang, 30 Mei 2016

.

Muslimah Personal Image Empowerment, Masjid Batu 10 Cheras, 22 Mei 2016

Seminar Imej Muslimah

.

Seminar Ketrampilan Muslimah Anggun, SUK Selangor, 26 April 2016

13169806_10153652263687362_1064291489_o

 

Seminar Penampilan Imej Muslimah, Universiti Malaya

Seminar Imej Muslimah

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

 

Verification