Seminar Kehebatan Minda & Imej Positif – Personaliti Diri | UTM Space

Seminar Kehebatan Minda & Imej Positif yang dianjurkan oleh UTM Space ini berlangsung di Swiss Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur.

Saya telah diberi tugasan menyampaikan tajuk yang merupakan kepakaran dan bidang saya iaitu Personaliti Diri. Personaliti Diri adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam memantapkan pakej imej positif dalam diri seseorang individu yang ingin melonjak jauh dalam karier dan kehidupan peribadi. Sebagaimana kuasa minda dan hati dapat menyumbang kepada tranformasi imej positif seseorang, kuasa imej luaran juga mampu membina kepercayaan dan keyakinan diri dalam membentuk personaliti yang hebat. Individu yang hebat meletakkan pembinaan personaliti diri dan imej luaran sepenting memasakkan minda dan hati dengan nilai-nilai dan prinsip kehidupan yang positif. Dalam seminar ini, saya telah kongsikan prinsip yang tepat dalam membina imej positif dalam diri seseorang individu melalui pakej imej luaran yang hebat.

Seminar ini juga menggabungkan tiga orang penceramah lain yang hebat dan turut mengisi slot dengan kepakaran masing-masing. Barisan penceramah yang turut dijemput beserta tajuk dan kepakaran mereka adalah ;

1. Tuan Fadzli Yusof – Kuasa Sukses Dalam Diri, Mengenal & Menyerlah Potensi Diri

2. Tuan Mohd Elyas Ismail – Tangani Emosi Membina, Cipta Pengaruh Dengan VAK

3. Tuan Kamal Affandi Hashim – Jenayah Di Tempat Kerja

Terima kasih kepada pihak UTM Space yang sudi menjemput saya sebagai salah seorang speaker dan terima kasih juga kepada para peserta yang hadir dari pelbagai organisasi dengan semangat dan keterujaan menimba ilmu. Semoga ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk meningkatkan potensi dan kerjaya masing-masing.

 

11351194_10204628026926653_1534345450480396849_n 11224110_10204628027286662_1711459236145628843_n 11071720_10204628026006630_8156549798714174688_n 10301280_10204628025206610_983125854706719275_n Seminar Kehebatan Minda

Monday, June 1st, 2015June 1, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *