Professional Grooming -Pada 9 Julai yang lepas sekali lagi saya dijemput oleh pihak Aswara untuk mengendalikan ‘Finishing School Programme For Final Year Students’, bagi slot Grooming & Communication.
Antara pengisian kursus termasuklah mengenai bagaimana cara berpakaian yang betul ketika menghadiri temuduga kerja dan panduan ‘dress code’ ketika bekerja termasuk dalam sektor swasta dan kerajaan.
Selain daripada itu para peserta didedahkan dengan cara berkomunikasi secara matang dan profesional apabila memasuki alam pekerjaan, dan bagaimana cara membawa diri agar mudah diterima dan disenangi ketika berurusan secara profesional.
Slot petang pula disambung dengan sesi ‘mock interview’ dan penulisan resume & cover letter.