Imej kakitangan adalah penentu kepada reputasi, nama baik, kredibiliti dan jenama unggul sebuah organisasi yang kukuh. Dengan kerjasama Syarikat Langkah Hijrah Sdn Bhd, saya dijemput memberikan konsultansi imej selama 2 hari kepada hampir 35 orang kakitangan barisan hadapan KPJ Johor Specialist Hospital bermula 27hb hingga 28hb November 2014.
Konsep penjenamaan imej profesional dan perkhidmatan pelanggan kelas pertama dipasakkan dalam minda setiap peserta di setiap sesi program dengan pengisian dan praktikal berkaitan transformasi penampilan diri profesional, etiket bisnes dan teknik komunikasi pelanggan yang mantap.
Kursus ini banyak memberikan penekanan mengenai layanan profesional terhadap pelanggan dan komunikasi pelanggan kelas pertama, termasuk kemahiran bagaimana nada suara dan isi percakapan serta kelakuan seorang petugas yang menunjukkan perasaan kasih sayang, keikhlasan serta keyakinan dan dalam masa yang sama juga sentiasa menunjukkan sikap profesional dan prinsip yang tiada kompromi dalam kualiti perkhidmatan kelas pertama.
‘Our attitudes are at the heart of customer engagement’.
Para peserta kelihatan cukup bersemangat dan memberikan komitmen yang sangat membanggakan sepanjang 2 hari kursus berlangsung, menandakan betapa mereka begitu komited untuk menjadi kakitangan profesional dan duta organisasi yang menyebarkan misi dan visi yang jelas mengenai perkhidmatan cemerlang dan profesional KPJ Johor Specialist Hospital , sebuah jenama perkhidmatan hospital pakar terkemuka negara.
Saya kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung;