Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi | The Max Foundation | 9 Mei 2015

Mampukah imej luaran mengubah imej dalam dalaman? Kajian menunjukkan manusia percaya dan terpengaruh lebih 55% dengan apa yang dilihatnya atau pandangan matanya. Apabila kita berdiri di hadapan cermin dengan tersenyum dan segak berpakaian, minda kita akan mula percaya bahawa yang berdiri di hadapan kita adalah seorang yang berkeyakinan, bertenaga, berkredibiliti dan mampu memberi sumbangan kepada orang lain, dan orang yang dilihatnya itu adalah dirinya sendiri.

Imej penampilan yang baik bukan sahaja mempengaruhi cara berfikir, cara berkomunikasi dan tindakan orang lain terhadap diri kita, malah mempengaruhi juga cara berfikir, cara berkomunikasi dan tindakan diri kita terhadap diri kita sendiri.

Alhamdulillah pada 9 April yang lepas saya dijemput oleh The Max Foundation, sebuah NGO yang memperjuangkan dan memberi kebajikan kepada pesakit-pesakit CML iaitu kanser darah , menyampaikan ceramah ini kepada pesakit-pesakit kanser darah dan ahli keluarga

mereka. Program yang berlangsung di Auditorium Hospital Ampang memberikan motivasi dalaman diri melalui transformasi imej luaran dan cara berfikir positif.

Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi

Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi

Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi Mampukah Imej Luaran Memberi Motivasi

Tuesday, May 12th, 2015May 12, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *