Kursus Pembentukan Imej Dan Etika Di Meja Makan| Universiti Teknologi Malaysia | 19 Disember 2015

Mahasiswa dan Imej dalam Mendepani Cabaran Semasa

Pada 19 Disember 2015 yang lepas saya telah diberi amanah oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia untuk berkongsi kemahiran Pembentukan Imej bersama 36 orang pemimpin pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

Peserta yang hadir ini adalah pemimpin pelajar yang dipilih oleh 25 ribu orang mahasiswa UTM selepas melalui proses pencalonan oleh pihak kolej berdasarkan reputasi dan pencapaian mereka dalam kepimpinan di kolej.

Golongan MPP Universiti bukan sebarangan golongan, di mana zaman sekarang ini mereka diberi perhatian oleh pemimpin negara, aktivis sosial, cendikiawan dan golongan teknokrat, dan mempunyai tempat yang hampir dengan golongan-golongan ini.

Kenapa mahasiswa ini diberi perhatian sedemikian rupa, terutama golongan kepimpinan mahasiswa?

Kerana zaman ini adalah zaman dunia sedang berlaku perubahan komunikasi sosial sejagat yang menuntut kita untuk mampu menjadi adjustable dan adaptable kepada idea dan perubahan yang baru ini.

Apabila berlaku ledakan komunikasi terbuka ini, kewujudan golongan mahasiswa mula dirasai dan menonjol, berbeza dengan mahasiswa dahulu. Apabila kewujudan mereka dirasai, suara desakan mereka menjadi lebih berpengaruh. Apabila suara desakan mereka dilihat berpengaruh, maka mahasiswa terutama pemimpin mahasiwa mula diberi perhatian dan didekati.

Kerana itu kepada para mahasiswa terutama mereka yang berada dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti, adalah penting bagi anda untuk membina dan memperkasakan imej dan ketrampilan perdana diri anda, meliputi aspek memperaga pendapat dan idea, cara pembawakan diri, kaedah berpakaian, etiket dan adab-adab berurusan, adab berkomunikasi dan kemahiran interpersonal, sekiranya anda mahu memastikan tahap relevansi dan kompetensi anda dalam arus perkembangan zaman ini.

Kami kongsikan di sini antara maklumbalas dari peserta-peserta program :

Penceramah banyak memberikan contoh serta aplikasi untuk memudahkan kefahaman penonton. Program ini membantu dan dapat memberikan input yang banyak mengenai salah & betul imej .”

– Mariah Syafiqah bt Mohar, Pelajar

Banyak membantu saya dalam mempelajari ilmu berkenaan pembentukan imej dan etika di meja makan . “  

– Afiq Azwan Wan Othman, Pelajar

Banyak membantu saya dalam mempelajari pelbagai aspek, lebih-lebih lagi penggunaan kutleri . “

– Muhammad Afify b Alwi, Pelajar

 Pendedahan yang bagus untuk pelajar yang boleh dibawa ke alam pekerjaan. “

– Muhammad Su’Aidi b Abdullah, Pelajar

 Awesome, sporting dan profesional .

– Megat Hafiz b Megat Roslan, Pelajar

“Penceramah yang berketrampilan dan program ini telah mencapai objektifnya.

– Nur Zahidah bt Mohd Zakaria, Pelajar

“Sangat baik dan berguna untuk zaman kerja nanti. ”

 Azyyati Awanis bt Muhamad, Pelajar

Penceramah yang bagus, penjelasan yang jelas dan menarik.”

Anwar Qadri b Abdullah, Pelajar

 

Kami turut ingin kongsikan di sini klip video dan gambar-gambar yang sempat diambil semasa kursus berlangsung;

Klip Video Kursus Pembentukan Imej Dan Etika Di Meja Makan| Universiti Teknologi Malaysia | 19 Disember 2015

12376233_10205773502162818_6057864511146010596_n12391396_10205773502042815_4723836525968362255_n12391792_10205773501562803_6103955133984841362_n

Kursus dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang merupakan bekas ahli Majlis perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

12391777_10205773440361273_944991005981972749_n12391849_10205773497562703_5486899576776757491_n12391011_10205773498082716_6176974866362392277_n578273_10205773498682731_4373106236681019320_n12390845_10205773499442750_3245286787638724413_n12376273_10205773500002764_5599221515421321222_n12366418_10205773501242795_3638718263344485305_n12376233_10205773502162818_6057864511146010596_n12376613_10205773502442825_6931825633671974896_n12391450_10205773505242895_7675644529242780544_n1240169_10205773505962913_2891911599970384699_n1917713_10205773506002914_7655265980447759622_n10308057_10205773506402924_7369003458307849719_n10390136_10205773483842360_63881490311006636_n1458442_10205773484042365_5879898854627557774_n10259321_10205773485242395_681236177962829879_n10518685_10205773485202394_5892088616101821644_n1918762_10205773485482401_8268498849840536060_n12373210_10205773485842410_4407432674869231535_n1931010_10205773486202419_675465704242888879_n12376273_10205773488682481_5544389164370724382_n11030750_10205773490922537_581920221819361419_n10269361_10205773491802559_8614144781822059394_n12369109_10205773491842560_5385445711880106148_n10426649_10205773492042565_8758467199179706721_n12390862_10205773469081991_5019659389510345875_n10330325_10205773469041990_8319403112433102792_n10173704_10205773469762008_1485715469087189282_n12376273_10205773469562003_8852970046352279451_n10365918_10205773470282021_9087911910149871217_n10151236_10205773471642055_2500637961446128441_n12390839_10205773471922062_6986779835960148021_n1620355_10205773472082066_8378697717120984430_n7474_10205773472122067_7536653256307837809_n11045496_10205773472602079_2355765926797093182_n1456544_10205773473842110_6060560117995626907_n12376117_10205773474482126_5016304681445733258_n1917492_10205773475442150_3064006268743059149_n1916991_10205773462761833_353692144645023839_n12391987_10205773454801634_3979434912464984001_n996135_10205773455281646_7731372116910937589_n12390915_10205773455841660_5047541442969154553_n10492329_10205773456361673_2214745987621966193_n10372046_10205773456761683_5410904331025564825_n12373151_10205773448521477_3407939053971020496_n12360234_10205773448961488_364765075591422209_n12366278_10205773449641505_519714211400040816_nKursus Pembentukan Imej Dan Etika Di Meja Makan

Tuesday, December 22nd, 2015
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments