Kursus Komunikasi & Ketrampilan Profesional Usahawan

Bidang keusahawanan memerlukan seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan bagi menonjolkan kewibawaan diri dan perniagaannya. Kemahiran komunikasi bagi seorang usahawan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pembekal, pekerja, rakan perniagaan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan perniagaannya. Dalam dunia keusahawanan dan profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang usahawan berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusan  perniagaannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang usahawan akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang usahawan yang disegani, seterusnya sentiasa kekal relevan dalam arus industri.

 

OBJEKTIF

  • Menyedari kesilapan-kesilapan dalam komunikasi keusahawanan secara berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan perniagaannya
  • Memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya keusahawanan dan membina perhubungan profesional
  • Mengamalkan laras bahasa dan skrip positif dalam komunikasi perniagaan
  • Mengamalkan etiket bisnes dan adab-adab dalam berkomunikasi secara profesional dengan pelanggan, pihak atasan, pembekal, pekerja, rakan perniagaan dan juga pihak media
  • Mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif
  • Memahami 4 gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta teknik  berkomunikasi dengan mereka
  • Mengetahui dan mengaplikasikan teknik melontarkan suara dan nada suara yang jelas dan difahami seterusnya mampu meningkatkan reputasi dan jenama perniagaan
  • Mengamalkan teknik NLP dalam komunikasi dan menyedari keperluannya dalam melonjakkan perniagaan dan teknik pemasaran
  • Mengetahui teknik ‘public speaking’ yang berkesan, bagaimana membuat ‘first impression’ yang memukau, lontaran suara yang memberi kredibiliti, teknik menyusun konten marketing serta teknik empat penjuru dalam membentuk peta presentasi
  • Mengetahui bagaimana berkomunikasi dalam memenangi kembali pelanggan yang tidak berpuas hati dan marah-marah

 

 KAEDAH PENYAMPAIAN
  • Ceramah interaktif
  • Aktiviti berkumpulan
  • Tugasan individu
  • Latihan praktikal
  • Persembahan video
  • Demonstrasi

 

KANDUNGAN MODUL

  • Modul 1: Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi Keusahawan
  • Modul 2 : Nada Dan Gaya Suara  Dalam Meningkatkan Komunikasi Dan Reputasi Usahawan
  • Modul 3:   Laras Bahasa Dan Skrip Dalam Komunikasi Bisnes
  • Modul 4 : Mengenal 4 Gaya Komunikasi Usahawan
  • Modul 5 : Teknik Nlp Dalam Berkomunikasi –  Teknik Yang Mampu Melonjakkan Perniagaan Dan Pemasaran
  • Modul 6 : Kemahiran Bahasa Tubuh
  • Modul 7 : Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Usahawan
  • Modul 8 : Kemahiran Public Speaking Dalam Menaikkan Karier Dan Reputasi Usahawan
  • Modul 9 : Kemahiran Komunikasi Ketika Memberi Tindak Balas Apabila Pelanggan Mengadu Dan Merungut

 

TEMPOH PROGRAM

Kursus ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan, dan 3 hari untuk peringkat advance.

 

Kemahiran Komunikasi Untuk Usahawan | MARA | 11 & 12 April 2017

 

Kursus Transformasi Imej Usahawan Profesional : Kemahiran Komunikasi Untuk Usahawan | IKPK Pahang |15 – 18 Ogos 2016

 

komunikasi profesional usahawan
Kursus Pemantapan Imej Usahawan Profesional | Mara | 8-9 Julai 2013

 

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus ?

Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

Sila isikan borang ini dan kami akan menghubungi anda dengan kadar segera. Terima kasih.

  • Section

 

Verification