Kecemerlangan Setiausaha Pejabat | Kementerian Belia & Sukan | 28-30 April 2014

Kecemerlangan sebuah organisasi sudah tentu bergantung kepada kecemerlangan para pekerjanya, termasuk para pemimpinnya yang dibantu khusus oleh setiausaha yang melicinkan segala urusan harian mereka. Kerja seorang setiausaha zaman sekarang tidak sama seperti dahulu. Mereka adalah orang yang multitasking, dilihat sebagai tulang belakang seorang ketua sebuah organisasi malah antara orang yang sangat penting di sebalik kehebatan seorang bos atau ketua.

Seorang setiausaha yang cemerlang adalah setiausaha yang memiliki kemahiran menjalankan tugas-tugas pejabat, bijak dalam penampilan dalam semua keadaan, tempat dan suasana, mahir dalam interpersonal skill termasuklah berbicara, mendengar, berunding dan manafsir bahasa badan serta kemahiran-kemahiran dalam bekerja secara berpasukan dengan ketuanya dan semua kakitangan dalam organisasi.

Pada 28 April yang lalu, saya telah diberi tanggungjawab mengendalikan 29 orang setiausaha daripada Kementerian Belia & Sukan dalam slot Kemahiran Ketrampilan Imej dan Sosial Setiausaha Super. Saya turut berkongsi pentas bersama konsultan berpengalaman Tuan Khairuzzaman Othman dan Puan Yasmin Siddik yang mengendalikan slot pada hari pertama dan ketiga. Setiausaha yang hadir adalah para Setiausaha yang berpengalaman luas dengan ketua-ketua yang memegang jawatan besar dan antaranya adalah Setiausaha kepada Menteri Belia & Sukan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin.

Di bawah saya kongsikan antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa hari kedua Kursus Kecemerlangan Setiausaha Pejabat Kementerian Belia & Sukan.

Kecemerlangan Setiausaha

Kecemerlangan Setiausaha Kecemerlangan Setiausaha Kecemerlangan Setiausaha

Thursday, May 1st, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments