Kursus Protokol Dalam Pengurusan Majlis
Puan Noraini Mohd Hanafiah

Penceramah

Puan Noraini Mohd Hanafiah
KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Zoom Meeting

Tempat

Zoom Meeting

Jadual Kursus

9:30 Pagi - 11:00 Pagi
Modul 1
Pengenalan Protokol, Majlis Dan Sumber Amalan
11:00 Pagi - 11:30 Pagi
Rehat
Minum Pagi
11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
Modul 2
Heirarki, Format Dan Susunan Tempat Duduk
12:30 Tengahari - 2:30 Petang
Rehat
Makan Tengahari / Solat Zohor
2:30 Petang - 3:30 Petang
Sambungan Modul 2
Heirarki, Format Dan Susunan Tempat Duduk
3:30 Petang - 4:30 Petang
Modul 3
Pengurusan Jemputan Dan Persiapan Venue
3:30 Petang - 3:45 Petang
Rehat
3:45 Petang - 4:30 Petang
Sambungan Modul 3
Pengurusan Jemputan Dan Persiapan Venue
4:30 Petang -
Tamat Kursus

Tarikh

16 Feb 2021

Masa

9:30 AM - 4:30 PM

Harga

RM350.00

Kursus Protokol Dalam Pengurusan Majlis

Program ini direkacipta khas untuk Pegawai Penyelaras, Laison Officer, Pegawai Projek, Pegawai Protokol serta petugas majlis yang lain untuk merancang, melaksana, menganjurkan dan menjalankan tugas semasa majlis-majlis di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dengan sukses.

Program yang merangkumi 24 komponen penting yang MESTI diketahui, difahami serta diikuti berdasarkan ‘best practice’ dalam protokol majlis rasmi. Kursus ini merangkumi A to Z berkaitan dengan aspek protokol majlis, aspek pengurusan majlis, aspek penganjuran majlis serta aspek pengendalian majlis peringkat kebangsaan.

Pengisian kursus diadunkan melalui 3 modul yang disusun khusus untuk memberi pendedahan, kefahaman dan kemahiran mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis rasmi. Selain itu peserta diberi tugasan untuk mengurus dan menganjurkan sendiri majlis peringkat antarabangsa dan kebangsaan yang dipilih. Dalam kursus ini para peserta program akan terlibat secara langsung sebagai VVIP, memainkan peranan sebagai VVIP dan petugas-petugas majlis untuk menyelami dan mempraktikkan pengetahuan yang telah didedahkan.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi maklumat kepada peserta mengenai akta, peraturan, pekeliling dan amalan protokol yang ada sebagai panduan asas untuk melaksanakan tugasan harian bagi mengelakkan sebarang masalah yang berbangkit mengenai protokol.
  2. Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran kepada pegawai pengiring untuk menjalankan tugas dan mengaplikasikan sendiri aspek protokol dan pengurusan majlis peringkat antarabangsa.
  3. Meningkatkan kefahaman tentang tanggungjawab setiap penganjur, pengurus acara dan urus setia majlis.
  4. Meningkatkan keyakinan dalam menjalankan tugas semasa mengendalikan majlis rasmi.
  5. Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang teori dan amalan protokol serta kemahiran sosial dalam urusan pengendalian majlis;
  6. Memberi panduan dan bimbingan tentang kaedah dan hala cara pengurusan pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat.
  7. Menerapkan nilai-nilai kemahiran sosial supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran diri apabila terlibat dalam pengendalian majlis yang pelbagai bentuk.

 

SENARAI MODUL

  1. Modul 1: Pengenalan Protokol, Majlis Dan Sumber Amalan
  2. Modul 2: Heirarki, Format Dan Susunan Tempat Duduk
  3. Modul 3: Pengurusan Jemputan Dan Persiapan Venue

KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

Tempahan Tiket Kursus

Pendaftaran (1 Peserta) RM350

Pendaftaran untuk seorang peserta sahaja


The Pendaftaran (1 Peserta) ticket is sold out. You can try another ticket or another date.
Pendaftaran (Lebih dari 3 orang peserta) RM280

Pendaftaran untuk lebih dari 3 orang peserta


The Pendaftaran (Lebih dari 3 orang peserta) ticket is sold out. You can try another ticket or another date.