Kursus Pemantapan Imej & Keterampilan Diri
Puan Raihan Abd Rahman

Penceramah

Puan Raihan Abd Rahman

ATAU

Puan Noraini Mohd Hanafiah
Puan Noraini Mohd Hanafiah
KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Zoom Meeting

Tempat

Zoom Meeting

Jadual Kursus

Hari 1

-

Tarikh

04 Mar 2021

Masa

9:30 AM - 4:30 PM

Harga

RM350.00

Kursus Pemantapan Imej & Keterampilan Diri

Penjenamaan imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja. Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seseorang. Persepsi orang lain terhadap imej kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap organisasi kita seterusnya mempengaruhi tahap kebolehpercayaan dan penerimaan serta tindakan mereka.

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.  Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

OBJEKTIF

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan imej dan jenama profesional organisasi dengan membantu para peserta dengan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir program ini nanti, para peserta akan :

  1. Mengetahui kesan langsung imej dan jenama diri pekerja terhadap reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
  2. Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
  3. Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
  4. Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
  5. Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.

 

SENARAI MODUL

  1. Modul 1: Pengenalan Kepada Imej Dan Penjenamaan
  2. Modul 2: Memahami Gaya Personaliti Diri
  3. Modul 3: Teknik Dan Tips Berpakaian
  4. Modul 4: Etiket Sosial Dan Profesional

 

KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

Tempahan Tiket Kursus

Pendaftaran (1 peserta) RM350

Pendaftaran untuk seorang peserta sahaja


The Pendaftaran (1 peserta) ticket is sold out. You can try another ticket or another date.
Pendaftaran (lebih dari 3 peserta) RM280

Untuk pendaftaran peserta lebih dari 3 orang


The Pendaftaran (lebih dari 3 peserta) ticket is sold out. You can try another ticket or another date.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.