Kursus Komunikasi Berkesan
Puan Raihan Abd Rahman

Penceramah

Puan Raihan Abd Rahman
Zoom Meeting

Tempat

Zoom Meeting

Jadual Kursus

9:30 Pagi - 11:00 Pagi
Modul 1
Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi
11:00 Pagi - 11:30 Pagi
Rehat
Minum Pagi
11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
Modul 2
Mengenal 4 Gaya Komunikasi Manusia
12:30 Tengahari - 2:30 Petang
Rehat
Makan Tengahari / Solat Zohor
2:30 Petang - 3:30 Petang
Modul 3
Laras Bahasa Dan Skrip Positif Berkomunikasi Secara Berkesan
3:30 Petang - 3:45 Petang
Rehat
3:45 Petang - 4:30 Petang
Modul 4
Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan
4:30 Petang -
Tamat Kursus

Tarikh

18 Jan 2021
Expired!

Masa

9:30 AM - 4:30 PM

Harga

RM350.00

Kursus Komunikasi Berkesan

Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya. Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pegawai yang disegani.

Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan atas talian, syarikat kami telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan atas talian. Atas inisiatif ini, kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan atas talian.

 

OBJEKTIF

Memberikan pendedahan, ilmu, teknik dan kemahiran kepada kakitangan bagaimana berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan rakan sekerja, pihak atasan, ahli lembaga pengarah dan pelanggan.

Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan atas talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir program ini nanti, para peserta akan:

  • Menyedari kesilapan-kesilapan dalam komunikasi berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan kerjaya.
  • Memahami kepentingan komunikasi dalam perhubungan profesional.
  • Mengamalkan laras bahasa dan skrip positif dalam berkomunikasi secara berkesan.
  • Mengamalkan etika, adab-adab dan protokol dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, ahli lembaga pengarah, rakan sejawat dan pelanggan luaran.
  • Mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi yang efektif.
  • Memahami 4 gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain serta cara mengendalikannya.

 

SENARAI MODUL

  1. Modul 1 – Konsep Komunikasi Dan Kesilapan Dalam Komunikasi
  2. Modul 2 – Mengenal 4 Gaya Komunikasi Manusia
  3. Modul 3 – Laras Bahasa Dan Skrip Positif Berkomunikasi Secara Berkesan
  4. Modul 4 – Adab Dan Etiket Dalam Komunikasi Berkesan

 

APA KATA PESERTA

Kursus ini sangat membantu dalam tangani masalah komunikasi

Syazwani
Pegawai Teknologi Makanan

Pendapat saya adalah supaya kursus-kursus seperti ini ditekankan kepada agensi-agensi kerajaan bagi menambahbaik sistem komunikasi bersama orang-orang awam

Ahmad
Pegawai Teknologi Makanan

Kursus yang sangat baik bagi memantapkan ilmu dan teknik komunikasi berkesan dalam organisasi

Nurlinda
Pegawai Teknologi Makanan

Program yang sangat membantu dalam pekerjaan dan penceramah yang menceriakan setiap slot

Intan
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Sangat mesra dan memberi ilmu mengenai komunikasi yang berkesan

Rosnah
Pembantu Tadbir

Penceramah sangat mesra, peramah. Penceramah menyampaikan maklumat dengan baik dan berkesan. Penceramah melibatkan peserta, mempunyai interaksi dua hala

Rozita
Pembantu Kebajikan Masyarakat

Program ini sangat memberi kesan positif kepada peserta kursus

Haslinda
Pembantu Tadbir