
Jadual Kursus
- 9:30 Pagi - 11:00 Pagi
- Modul 1
- Etiket Makan Beradab
- 11:00 Pagi - 11:30 Pagi
- Rehat
- Minum Pagi
- 11:30 Pagi - 12:30 Tengahari
- Sambungan Modul 1
- Etiket Makan Beradab
- 12:30 Tengahari - 2:30 Petang
- Rehat
- Makan Tengahari / Solat Zohor
- 2:30 Petang - 3:30 Petang
- Modul 2
- Komunikasi Dan Etiket Sosial Majlis Rasmi
- 3:30 Petang - 3:45 Petang
- Rehat
- 3:45 Petang - 4:30 Petang
- Sambungan Modul 2
- Komunikasi Dan Etiket Sosial Majlis Rasmi
- 4:30 Petang -
- Tamat Kursus
Kursus Etiket Majlis Jamuan, Adab Dan Tertib Di Meja Makan
Kursus Etiket Majlis Jamuan, Adab Dan Tertib Di Meja Makan – Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan etiket sosial dan bisnes. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi.
Pada zaman kini, urusan perniagaan sering kali diadakan luar dari pejabat. Mesyuarat, temuduga dan sesi perkenalan selalunya diadakan di restoran ataupun ketika agenda makan malam rasmi. Setiap tahun, syarikat kehilangan kontrak berjuta-juta ringgit hanya kerana sekutu mereka, pekerja dan eksekutif korporat mereka tiada pengetahuan tentang adab ketika makan. Adab meja makan yang profesional mewujudkan imej yang berkeyakinan, membuat tetamu merasa selesa dan membantu melancarkan perjalanan perbincangan urus niaga.
Kursus ini mendedahkan peserta kepada aspek pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara dan etiket makan bermajlis. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis-majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti sejajar dengan imej organisasi.
OBJEKTIF
Program ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- Meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa.
- Menggariskan prinsip dan etika makan serta nilai dalam amalan tata cara makan yang baik.
- Menguasai kemahiran menggunakan peralatan makan dan menavigasi penataan meja dengan mudah.
SENARAI MODUL
- Modul 1: Etiket Makan Beradab
- Modul 2: Komunikasi Dan Etiket Sosial Majlis Rasmi