Transformasi Imej Usahawan Profesional |Seminar Keusahawanan Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad | 15 Mac 2016

Tim Perunding Imej Muslimah telah dijemputkan mengendalikan slot Transformasi Imej Usahawan Profesional dalam Seminar Keusahawanan Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad pada 15 Mac 2016 yang lau di Hotel Sri Langit, Sepang, Selangor.

Cabaran yang wujud di kalangan usahawan adalah kekurangan pakej diri yang hebat kerana kurangnya ilmu dan kemahiran dalam penampilan diri. Ramai usahawan yang mempunyai produk/servis yang hebat di pasaran, namun imej penampilan diri dan kakitangan syarikat kurang hebat dan gagal menambat hati pelanggan mereka pada kali pertama berurusan.

Mempunyai imej yang menarik dan hebat adalah berbeza dengan mempunyai wajah dan tubuh yang menarik dan hebat. Imej yang hebat adalah memiliki pakej diri yang hebat meliputi teknik berpakaian, teknik berkomunikasi dan teknik bertingkah-laku.

Apabila imej diri gagal menarik perhatian dan keyakinan pelanggan, risiko besar adalah produk/servis yang kita tawarkan juga kemungkinan tidak akan berjaya atau lambat menambat hati pelanggan walaupun produk kita adalah yang terbaik di pasaran.

Kita boleh menang pada kali pertama berurusan dengan pelanggan aapabila mempunyai ilmu dan kemahiran yang tepat tentang bagaimana cara mempersembahkan diri dengan profesional, bersesuaian dengan kehebatan produk kita.

Dalam seminar ini Tim Perunding Imej Muslimah telah memberikan rundingan profesional mengenai teknik berpakaian yang tepat mengikut waktu/acara/majlis dan tempat ketika berurusan dan dengan siapa anda berurusan.

Kesannya pelanggan akan yakin dan percaya dengan kredibiliti seorang usahawan pada kali pertama dan setiap kali berurusan, seterusnya akan yakin dan percaya dengan apa sahaja yang dinyatakan tentang produknya. Ini pastinya akan memudahkan proses pengiklanan dan penjualan produk seterusnya memudahkan laluan perniagaan seorang usahawan untuk bergerak lebih laju dan maju ke hadapan.

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung.

936634_632165323591198_4967198999021713081_n 10354223_632165240257873_2111392646034344343_n 12525183_632165103591220_1729210295004430313_o 75534_632165126924551_502717675891444494_n 10689795_632165353591195_6446765286262231699_n 1468682_632165130257884_4968875022698851840_n 934159_632165390257858_7290011253005824680_n 1656357_632165866924477_7487451511118481176_n Transformasi Imej Usahawan Profesional

Friday, March 18th, 2016March 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *