Seminar ‘Fly High’ Pembentukan Imej Profesional Dan Kerjaya | UIAM Kuantan | 16 Disember 2016

Temuduga merupakan salah satu perkataan yang paling digeruni oleh hampir semua graduan dan mereka yang mencari pekerjaan. Sekiranya tangan anda mula gementar atau berpeluh sejuk apabila mendengar perkataan temuduga, percayalah anda tidak keseorangan.

Mungkinkah ada keadaan yang lebih sukar daripada berjalan ke dalam sebuah bilik dengan satu atau lebih orang yang tidak dikenali, duduk dalam keadaan yang terasa seperti disoal siasat, dan menyedari bahawa setiap perkataan dan gerak isyarat kita sedang dinilai, dan kita berusaha ketika itu untuk kelihatan tenang, yakin dan profesional?

Sesi temuduga adalah sesi ‘the moment of truth’, dan ini adalah detik-detik ‘first impression’ para penemuduga atau syarikat terhadap anda.

‘First impression never come twice.’ 

Apa sahaja yang kita paparkan ketika sesi temuduga, penampilan, tingkah laku dan komunikasi kita adalah penentu yang mengesahkan apa yang kita letakkan dalam resume dan surat permohonan.

Seperti mana ramai orang menganggap pencapaian akademik dan pengalaman adalah sangat penting untuk dinilai, seperti itu jugalah pentingnya pakej diri kita dinilai. Terdapat satu perkataan yang sangat berkuasa yang akan menentukan kita akan pergi ke langkah seterusnya dalam temuduga, selepas kelayakan dan pengalaman yang kita miliki, iaitu ETIKA. Etika adalah salah satu perkara yang akan membezakan kita dengan calon-calon lain.

Sikap dan tingkah laku kita terhadap orang lain adalah sama pentingnya dengan resume, pengalaman, latihan dan kebolehan teknikal yang kita miliki. Ramai calon kerja meluangkan lebih banyak masa membimbangkan tentang pencapaian mereka di resume daripada adab yang perlu ditonjolkan. Ada yang tidak menyedari bahawa majikan memilih pekerja bukan sahaja berdasarkan pengalaman dan kelayakan berkaitan dengan pekerjaan, tetapi yang mereka pentingkan juga dan yang akan memberi nilai tambah dan menaikkan reputasi syarikat mereka adalah etika setiap pekerjanya.

Majikan mencari pekerja yang mempunyai etika, akhlaq dan moral yang tinggi, yang pastinya akan memberi kesan besar dalam hubungan perniagaan syarikat. Budi bahasa, hormat, kepercayaan dan kebolehpercayaan, kejujuran dan amanah serta adab-adab dan sikap hormat adalah asas yang mendasari hubungan yang baik dan akan diterjemahkan kepada kejayaan perniagaan dan syarikat.

Pada 16 Disember yang lalu, Tim kami telah dijemput oleh pihak UIAM Kuantan untuk mengendalikan Seminar ‘Fly High’ Pembentukan Imej Profesional Dan Kerjaya untuk para pelajar tahun akhir Kulliyyah Sains, IIUM Kuantan. Seminar ini mendedahkan ilmu dan teknik bagaimana menghadiri temuduga kerja, teknik penampilan dan pakaian yang sepatutnya dipakai ketika hadir temuduga dan bagaimana adab-adab komunikasi serta tingkah laku sepanjang temuduga.

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa kursus ini berlangsung :

REQUEST PROPOSAL FOR IN-HOUSE TRAINING  REGISTER FOR PERSONAL CONSULTATION  Feel Free To Contact Us

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Sunday, December 18th, 2016December 18, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *