Seminar Ketrampilan Muslimah Anggun |26 April 2016 | SUK Selangor

Perunding Imej Muslimah telah dijemput berkongsi panduan dan konsep penampilan muslimah patuh syariah dalam Seminar Ketrampilan Muslimah Anggun anjuran Kelab Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 26 April 2016 di Ballroom, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Terima kasih di atas sambutan dan penyertaan yang menggalakkan daripada para peserta. Terima kasih kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan seminar ini dan memberikan kepercayaan penuh kepada Tim Perunding Imej Muslimah untuk mengendalikan Seminar ini.

Kami doakan selamat maju jaya kepada para peserta dan semoga niat dan usaha ikhlas mendapatkan dan memanfaatkan ilmu yang dikongsikan beroleh ganjaran yang tinggi di sisi Allah swt. Semoga diberkati kehidupan dan kerjaya di dunia ini sebagai ladang menyuburkan amal dan pahala yang berterusan sebagai bekalan di sana nanti, in sha Allah.

Kami kongsikan di sini beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa Seminar berlangsung :

Seminar Ketrampilan Muslimah Anggun 13184614_10153652263682362_637043910_o (1)

 

 

Sunday, May 1st, 2016May 1, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *