Saya Mrs Perfect 10 Siri 1| 5 April 2015 |Program Pembangunan Wanita & Keluarga

Alhamdulillah pada 5 April yang lalu saya berpeluang menyantuni kaum ibu di PPRT Lembah Subang, dalam program ‘Saya Mrs Perfect 10 Siri 1’ – sebuah program yang merangkumi jati diri muslimah, mengenal potensi diri & pembangunan personaliti diri.

Para peserta yang hadir kebanyakannya terdiri daripada surirumah. Kursus ini memberi motivasi diri dan mengenali tujuan dan hala tuju sebenar seorang muslimah dan khalifah di muka bumi ini. Konsep jati diri dan prinsip serta nilai-nilai seorang muslimah diberi penekanan agar para peserta yang hadir sentiasa kental dan tenang dalam menghadapi arus cabaran dalam kehidupan.

Program ‘Saya Mrs Perfect 10 Siri 2’ bakal menyusul pada bulan Mei ini, yang akan mendedahkan peserta kepada ilmu penampilan diri muslimah di rumah dan di luar rumah, kemahiran berkomunikasi serta adab-adab pergaulan dalam masyarakat.

Saya Mrs Perfect 10 Siri 1 Saya Mrs Perfect 10 Siri 1 Saya Mrs Perfect 10 Siri 1 Saya Mrs Perfect 10 Siri 1 Saya Mrs Perfect 10 Siri 1 Saya Mrs Perfect 10 Siri 1 Saya Mrs Perfect 10 Siri 1 Saya Mrs Perfect 10 Siri 1 Saya Mrs Perfect 10 Siri 1

 

Alhamdulillah hari ini saya berpeluang menyantuni kaum ibu di PPRT Lembah Subang, dalam program ‘Saya Mrs Perfect 10’ – sebuah program yang merangkumi jati diri muslimah, mengenal potensi diri & pembangunan personaliti diri.

 

‘Saya Mrs Perfect 10 Siri 1’ 

Sunday, April 12th, 2015April 12, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *