Ramadhan Mubarak….Kurniaan Terhebat Buat Seorang Hamba

Ramadhan Mubarak

Ramadhan Mubarak….

Sesungguhnya inilah bulan yang dinanti-nantikan, dan kehadirannya amat menggembirakan, menyejukkan jiwa, melunakkan hati ini, mengubat kerinduan dan mengujakan. Alhamdulillah bersyukurlah sekiranya kita masih bernafas dan dikurniakan peluang untuk menggenggam erat Ramadhan ini. Ia bukan kebetulan namun Allah yang memilih hamba-hambaNya, membenarkan kita sampai dan memperolehinya. Berapa ramai saudara-mara dan sahabat-sahabat kita yang telah pergi mengadap Ilahi dan tidak sempat bertemu Ramadhan pada tahun ini. Sesungguhnya kita perlu bersujud syukur atas kurniaan dan peluang yang masih ingin diberikan kepada kita terutamanya diri saya yang sangat banyak dosa dan kelalaian namun Allah masih terlalu pemurah membenarkan saya masuk ke Ramadhan ini. Alhamdulillah Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih merahmati dan memberikan kasih sayangNya dengan kurniaan bulan terhebat ini……tidak terkira lafaz syukur di hati ini…

Inilah peluang dan rezki Allah…di akhir zaman di mana dunia sudah berada di hujung tanduk ini, gunakanlah setiap detik kesempatan di Ramadhan ini untuk melakukan sebanyak-banyaknya amal kebajikan di mana pahala digandakan. Dan mohonlah sebanyak-banyak keampunan di mana pada bulan ini rahmat Allah bertebaran menanti untuk mengampunkan hamba-hambanya yang penuh dosa….

Rugilah bagi yang melepaskan peluang ini…terima kasih Ya Allah….

Ya Allah sampaikan kami kepada Ramadhan yang akan menjelma beberapa hari sahaja lagi ini…Ya Allah sampaikan kami kepada Ramadhan…Ya Allah sampaikan kami kepada Ramadhan…

Sempena kehadiran Ramadhan yang bakal tiba ini, saya ingin memohon ampun dan maaf dari semua yang pernah berurusan dan mengenali diri saya, atas segala kesilapan dari segi tutur kata, perlakuan dan apa sahaja yang mungkin tanpa saya sedari ada mengguris hati. Saya dengan rendah hati benar-benar memohon keampunan dari sahabat dan kenalan semua. Saya juga memohon doa dari anda untuk masuk ke bulan madrasah tarbiyyah ini…mohon doakan saya dapat beribadah dengan cemerlang, mengumpulkan sebanyak-banyaknya pahala dan Allah SWT yang Maha Pemurah mengampunkan segala dosa-dosa saya….

Amin Ya Allah…

 

Tuesday, June 16th, 2015
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments