Serikan Penampilan Dengan Warna Yang Betul

Perunding Warna Bertauliah Malaysia berkongsi ilmu bagaimana memilih warna pakaian yang tepat mengikut ‘undertone’ kulit. Serikan penampilan dengan warna yang betul. Warna yang cantik di mata kita tidak semestinya sesuai dengan diri kita. Malah mungkin warna yang kurang menarik di mata kita yang menonjolkan kecantikan semulajadi diri kita. Memakai warna yang betul akan menyerlah penampilan diri yang terbaik. Dengan memakai warna yang betul, orang lain akan tertarik kepada diri kita bukan pakaian kita. Apabila memakai warna yang betul, karakter diri kita lebih menyerlah daripada pakaian, aksesori dan mekap yang kita pakai.

Warna merupakan ‘magnet’ yang sangat membantu untuk menaikkan imej diri kita dengan berkesan. Apabila kita mengenakan warna yang tepat dengan diri kita, kulit akan kelihatan lebih berseri, segala cela pada wajah dan ‘eyebag’ di bawah mata kurang kelihatan, mata kelihatan bersinar serta penampilan diri kita kelihatan lebih ceria dan bertenaga.

Apabila menyebut tentang aura penampilan diri, sudah tentu warna bukanlah segalanya-galanya, tetapi tanpa warna yang paling sesuai dengan diri kita mungkin kita tidak berjaya menonjolkan penampilan terbaik diri.

Apabila mengetahui warna yang sesuai dengan diri kita, kita tidak perlu membuang masa dengan proses ‘try and error’ untuk memilih baju, tudung, jaket, aksesori termasuklah memilih warna website/blog/pejabat syarikat anda.

Sebagaimana kuasa warna mampu menjadikan anda kelihatan penting, bertenaga, positif dan berwibawa, maka kuasa warna juga mampu menyebabkan anda dianggap tidak penting, letih, tidak bersemangat dan tidak menarik.

Saksikan proses konsultansi warna dalam video berikut :

Tim kami juga telah dijemput untuk mengisi slot dalam rancangan Safiyya pada episod 37 untuk berkongsi kepakaran kami dalam rundingan warna diri :

Antara gambar-gambar ketika kami menjalankan sesi konsultansi warna bersama client :

Perunding Warna Bertauliah Malaysia Perunding Warna Bertauliah Malaysia

Perunding Warna Bertauliah Malaysia

Bagi anda yang berminat untuk sesi konsultansi warna, bolehlah mengatur appointment untuk sesi konsultansi warna diri dengan pihak kami untuk mengetahui dan mendapatkan koleksi warna terbaik diri anda. Dalam sesi konsultansi warna ini, anda bukan sahaja akan mendapat tahu koleksi terbaik warna diri, malah akan diberikan bonus konsultansi gaya personaliti diri, gaya dan fesyen pakaian, hijab style, mekap dan teknik penampilan mengikut bentuk dan rangka tubuh.

Tuesday, January 21st, 2014January 21, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *