Kursus Komunikasi Berkesan Jabatan Kesihatan Negeri Perak Pada 11 November 2019

“Kursus yang sangat baik bagi memantapkan ilmu dan teknik komunikasi berkesan dalam organisasi” – Nurlinda – Pegawai Teknologi Makanan : Perunding Imej Kursus Komunikasi Berkesan Jabatan Kesihatan Negeri Perak Pada 11 November 2019

Tim Perunding Imej Muslimah telah dijemput dan diberikan amanah untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan pada 11 November 2019, bertempat di Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersama para peserta yang hadir dari Jabatan Kesihatan Negeri dari seluruh Negeri Perak.

 

Kelancaran sesuatu urusan dan kejayaan sesebuah organisasi dalam mencapai sasaran misi dan visinya banyak bergantung kepada keberkesanan komunikasi di kalangan kakitangan dalam organisasi tersebut. Kejayaan organisasi juga ditentukan oleh kemahiran dan kecekapan kakitangannya untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kejayaan yang akan dicapai oleh organisasi merupakan hasil daripada kebolehan kakitangan untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran organisasi yang dinamik. Organisasi hari ini beroperasi  dalam persekitaran yang kaya dengan kepelbagaian. Kakitangan yang cemerlang ialah kakitangan yang mampu mengkomunikasikan mesej organisasi kepada pelanggan dalaman dan juga pelanggan luaran dengan tepat.

Perunding Imej Kursus Komunikasi

 

 

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Komunikasi yang berkesan bukan sekadar mampu menyampaikan mesej yang tepat, malah lebih daripada itu, ia mampu membuatkan seseorang pekerja itu diterima, disenangi, dikagumi dan akan menjadi inspirasi kepada orang lain di sekeliling seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dan reputasi organisasinya.

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Kenapa proses komunikasi dalam sesebuah organisasi sangat penting? Komunikasi yang berkesan dan harmoni dalam sesebuah organisasi sangat penting kerana ia mampu melancarkan proses kerja seterusnya sesuatu urusan akan menjadi efisien dan mencapai objektif organisasi.

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Kursus ini bukan sekadar memberikan kemahiran komunikasi berkesan, lebih daripada itu dalam kursus ini ditekankan adab-adab komunikasi ketika berurusan secara profesional, terutama berkomunikasi dengan pihak atasan, tetamu dan rakan sekerja. Kaedah penyampaian dalam kursus ini lebih kepada aktiviti-aktiviti latihan dan ‘role play’ malalui ‘study case’ yang diberi agar para peserta lebih memahami dan dapat terus mengaplikasikan segala teknik komunikasi yang disampaikan oleh penceramah.

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Mungkin ramai yang mengambil mudah terhadap kepentingan mengaplikasi adab-adab atau etiket sosial dalam berkomunikasi. Tanpa kita sedar, adab yang diaplikasikan itulah yang menjadi faktor penting terhadap penerimaan mesej dalam proses sesebuah komunikasi, terutama komunikasi dalam urusan kerja dan urusan rasmi.

Setiap perkataan dan ayat yang dipilih dan dilontarkan, cara dan nada perkataan itu disebut serta tingkah-laku serta isyarat tubuh yang mengiringi mesej tersebut memberi kesan yang sangat besar dalam proses penerimaan mesej.  Ayat yang dilafazkan bukan sekadar ayat, namun ianya menunjukkan sikap dalaman diri, penghormatan kepada orang lain, cara berfikir dan niat seseorang. 

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Lupakan apa sahaja personaliti asal diri kita. Dalam adab komunikasi dan kemahiran komunikasi berkesan, personaliti dan profesionalisme adalah dua perkara yang perlu dibezakan. Apapun personaliti diri dan personaliti komunikasi kita, menjadi seorang yang beradab dan profesional dalam komunikasi adalah perkara yang sangat penting dan memberi kesan besar kepada suasana bekerja dan orang-orang di sekeliling kita. Kemahiran adab dalam komunikasi berkesan bagi seseorang pekerja pastinya akan mampu melancarkan urusan kerja, seterusnya mampu melonjakkan kredibiliti dirinya dan reputasi organisasi.

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Perunding Imej Kursus Komunikasi

Setinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang memberi kepercayaan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan ini. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen anda yang hebat dan luar biasa. Kami mendoakan agar setiap peserta yang hadir mampu mengaplikasikan segala ilmu dan teknik yang dikongsikan dengan konsisten agar mampu menyumbang dan memantapkan produktiviti syarikat serta melonjakkan reputasi serta keuntungan syarikat.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Disini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Kursus Komunikasi Berkesan ini :

  1. Kursus ini sangat membantu dalam tangani masalah komunikasi – Syazwani – Pegawai Teknologi Makanan
  2. Sangat memberi impak yang positif! – Zamzurohidah – Pegawai Teknologi Makanan
  3. Pendapat saya adalah supaya kursus-kursus seperti ini ditekankan kepada agensi-agensi kerajaan bagi menambahbaik sistem komunikasi bersama orang-orang awam – Ahmad
  4. Kursus yang sangat baik bagi memantapkan ilmu dan teknik komunikasi berkesan dalam organisasi – Nurlinda – Pegawai Teknologi Makanan
  5. Sangat bagus, tak cukup sehari – Nurul – Pegawai Teknologi Makanan
  6. Program yang sangat membantu dalam pekerjaan dan penceramah yang menceriakan setiap slot – Intan – Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  7. Sangat efisen – Poornima – Pegawai Teknologi Makanan
  8. Cara penyampaian yang jelas dan berkesan – Syarifah
  9. Terbaik – Sazly – Pegawai Teknologi Makanan
  10. Baik – Zahian – Pegawai Teknologi Makanan
  11. Penuh info, sangat bersemangat! – Zahra
  12. Baik – Hanifa Zalina – Penolong Pegawai Teknologi Makanan
  13. Terbaik – Noor Abd Rahman – PPKP
  14. Penceramah bijak menarik perhatian peserta – Norhayati – Pegawai Teknologi Makanan
  15. Terbaik -Saszeli
  16. Berpengalaman – Ho Yoke Wan – Pegawai Teknologi Makanan
  17. Cemerlang – Ismail – Pembantu Tadbir

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Komunikasi Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Tuesday, November 12th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments