Personal Grooming & Etiquette Siri 2| Petronas Chemical Ethylene| 22 April 2015

Alhamdulillah Kursus Personal Grooming & Etiquette Siri 2 bersama warga Petronas Chemical Ethylene telah berlangsung seperti yang dirancang pada 22 April 2015 yang lalu. Antara pengisian yang dikongsi adalah berkaitan asas pemakaian wanita mengikut garis panduan yang ditetapkan agama dalam menjaga maruah dan keselamatan wanita ketika keluar bekerjaya dan keluar rumah.

Penekanan diberikan kepada pemakaian patuh syariah seorang muslimah untuk memenuhi tuntutan kerjaya dalam masa yang sama mempertahankan prinsip dan syariat agama serta apakah hikmah di sebalik perintah dan larangan Allah swt dalam konsep menutup aurat.

Turut dikongsikan adalah demonstrasi pemakaian mekap

dan hijab secara praktikal dan konsep mekap bagi muslimah dalam suasana bekerja zaman sekarang mengikut Islam.

In sha Allah semoga ilmu yang dikongsikan dalam sesi ini memberi manfaat dan motivasi dalam berpenampilan kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini dan semoga segala usaha yang diberikan beroleh ganjaran dan nilai yang tinggi di sisi Allah swt.

Saya kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program berlangsung.

Personal Grooming & Etiquette Siri 2 Personal Grooming & Etiquette Siri 2 Personal Grooming & Etiquette Siri 2 Personal Grooming & Etiquette Siri 2 Personal Grooming & Etiquette Siri 2 Personal Grooming & Etiquette Siri 2 Personal Grooming & Etiquette Siri 2 Personal Grooming & Etiquette Siri 2 Personal Grooming & Etiquette Siri 2

Thursday, April 23rd, 2015April 23, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *