Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang | Jabatan Imigresen Negeri Selangor | 13-14 Mac 2014

“Perasaan berada di mana-mana, berlembutlah” – J. MASAI –

Pada 13-14 Mac yang lalu, saya telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang kepada 58 orang kakitangan Imigresen seluruh Negeri Selangor. Kursus selama 2 hari ini menekankan aspek komunikasi pelanggan yang berkesan dengan mengutamakan prinsip 3 S, iaitu senyum, sapa dan sopan.

Kursus ini menterjemahkan prinsip senyum, sapa dan sopan untuk diaplikasikan secara efektif dalam melayani pelanggan bermula dengan kesedaran kepentingan konsep pelanggan abad ini, kemudian memahami dan menghayati apakah jangkaan dan sikap pelanggan, apa yang mereka harapkan, dan merungkai rahsia dan tips memuaskan hati pelanggan melalui kaedah adab dan etika melayan pelanggan secara bersemuka dan melalui telefon, penampilan yang profesional, komunikasi yang berkesan dan skrip yang ‘hidup’ dan menyenangkan hati. Kursus ini juga menekankan cara yang profesional menangani pelanggan yang mengadu dan marah-marah.

Gambar-gambar sekitar kursus 2 hari yang berlangsung di Dewan Latihan, Jabatan Imigresen Selangor di Plaza Glomac Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang(1) Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang

Sunday, March 16th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments