‘Self Actualization’ : Antara Pengalaman Sebenar Dan Proses Simulasi

‘Self Actualization’; Antara Pengalaman Sebenar Dan Proses Simulasi

Setiap orang berhajat kepada suatu keinginan diri untuk menjadi sepertimana yang dia fikir mampu untuk dia menjadi. Ia adalah suatu proses psikologi yang menyasarkan  kepada pengupayaan potensi dan sumber secara maksimum yang ada pada setiap orang.

Proses sedemikian ini berbeza daripada seseorang itu dengan seseorang yang lain.  Seorang graduan pusat pengajian perubatan yang sedang menjalani latihan perubatan di suatu pusat kesihatan sederhana di kawasan pinggir bandar berhajat untuk menempatkan dirinya di platform kerjaya perubatannya di suatu pusat perubatan berprestij dan diiktiraf. Seorang perunding latihan pembangunan diri yang baru setahun jagung melibatkan diri dalam dunia kejurulatihan berskala kecil berhajat untuk menempatkan dirinya sebagai seorang konsultan berprofil tinggi dan beraksi di platform-platform kejurulatihan yang berskala tinggi.

 

Laluan untuk memenuhi hajat tersebut akan melibatkan antara  yang utamanya,  adalah proses mengalami situasi yang sebenar, apa yang  disebut sebagai pengalaman. Lantaran, pengalaman dilihat sebagai alat (tool) mandatori idalam dunia pembangunan diri untuk anda memenuhi hajat menjadi sepertimana yang anda fikir mampu untuk anda menjadi.

 

Pengalaman mengajar anda mengenai perkara yang sebenar. Anda boleh mempelajari sesuatu apabila anda membuat pemerhatian dan pembelajaran atas sesuatu perkara. Namun, pembelajaran sesuatu yang sebenar hanya datang melalui pembelajaran kehidupan yang sebenar. Anda tidak akan dapat mencapai sesuatu tanpa anda terlebih dahulu melakukan beberapa kesilapan sebenar.

Proses simulasi

 

Namun, pengalaman sebenar bukanlah sesuatu yang boleh dicipta mengikut hajat dan keperluan diri kita. Dalam banyak keadaan, pengalaman sebenar hanya hadir sebagai peluang yang tidak dirangka dan dibentuk. Dalam keadaan ini, apakah ada di sana suatu proses lain yang memungkinkan kita untuk melalui suatu suasana yang hampir menyamai situasi sebenar.

Anda masih berpeluang untuk melalui suatu situasi yang sebenar tanpa melalui pengalaman yang sebenar melalui proses simulasi. Simulasi  sudah semestinya tidak akan menyamai proses pengalaman sebenar, tetapi kedua-dua proses ini mempunyai suatu intipati yang mempunyai persamaan  iaitu proses menanam suatu bentuk visual sebenar di dalam minda. Visual sedemikian ini akan membantu anda dalam menghadapi situasi yang sama yang bakal dihadapi pada masa yang akan datang.

 

Proses simulasi

Sebagai contoh, seorang atlet amatur sukan larian lasak pelbagai disiplin yang telah melalui suatu kejohanan yang sebenar di atas trek dan lapangan sebenar,  dan seorang atlet amatur yang belum pernah melalui pengalaman sebenar  tetapi telah melalui proses simulasi diatas trek dan lapangan yang sama, walaupun secara umumnya, melalui suatu proses yang berbeza tetapi hakikatnya kedua-dua mereka melalui suatu proses yang sama iaitu pembinanaan bentuk  visual yang sebenar di dalam memori  minda.

 

Proses simulasi sedemikian ini, tidak semestinya hanya dapat dilalui melalui  program-program latihan pembangunan diri secara formal  dan teratur dengan bantuan alat-alat bantuan simulasi tertentu. Anda boleh merangka  simulasi-simulasi secara kendiri tanpa bantuan jurulatih-jurulatih yang tertentu.

Proses simulasi

Jika anda ingin menjadi seorang konsultan speaker yang berskala tinggi, tanpa terlebih dahulu anda perlu melalui pentas pengalaman yang sebenar, boleh sahaja anda mengatur suatu proses simulasi dengan beraksi secara kendiri di dalam suatu dewan sebenar (yang telah digunakan sebagai tempat sebenar latihan berskala tinggi) dengan sedikit alatan sedia ada yang sudah pun anda miliki.

 

Ya, sekali lagi saya ingin tekankan, bahawa simulasi tidak akan menyamai pengalaman sebenar namun, dengan hanya simulasi ianya tidak bererti anda terlepas suatu peluang untuk merakam suatu visual sebenar sepertimana yang anda boleh memperolehinya melalui pengalaman sebenar.

 

Sekian dahulu untuk kali ini. Selepas ini saya akan berkongsi pula bagaimana proses simulasi boleh berperanan membantu anda untuk anda mencipta suatu visi yang kukuh.

 

 

 

 

 

 

Sunday, December 15th, 2019December 15, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.