Kursus Grooming 3P : Penampilan, Peribadi dan Profesional Kadet PTD Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) | 5 Ogos 2020

Program Grooming 3P Kadet PTD : Penampilan, Peribadi dan Profesional untuk Kadet PTD Pegawai Tadbir Diplomatik pada 5 Ogos 2020.

Alhamdulillah berjalan lancar Program Grooming 3P : Penampilan, Peribadi dan Profesional untuk bakal PTD Pegawai Tadbir Diplomatik pada 5 Ogos 2020. Program ini mengumpulkan 400 orang Kadet PTD di mana 160 orang kadet menyertai kursus ini di Auditorium INTAN Bukit Kiara dan 240 orang kadet PTD menonton secara siaran langsung di private group Facebook Bitarawangsa. Penghargaan kepada barisan jawatankuasa penganjur yang bertungkus-lumus mengadakan kursus ini dan terima kasih kepada INTAN Bukit Kiara di atas jemputan dan peluang untuk mengendalikan kursus ini. 

Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

Program Grooming 3P Kadet PTD : Penampilan, Peribadi dan Profesional untuk Kadet PTD Pegawai Tadbir Diplomatik ini bertujuan untuk :

  1. Memberi pendedahan tentang etika penampilan seorang pegawai kerajaan
  2. Memperkasakan ilmu pengurusan imej kendiri yang profesional
  3. Membantu para peserta memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan corporate-wear mengikut kesesuaian tempat dan majlis
  4. Memberi ruang kepada peserta mendapatkan ilmu penampilan imej profesional yang berkesan sebagai elemen asas yang perlu ada sebagai seorang PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang unggul.

Kursus Penampilan, Peribadi dan Profesional Pegawai Tadbir Diplomatik

Kursus Penampilan, Peribadi dan Profesional Pegawai Tadbir Diplomatik

Kursus Penampilan, Peribadi dan Profesional Pegawai Tadbir Diplomatik

Kursus Penampilan, Peribadi dan Profesional Pegawai Tadbir DiplomatikKursus Penampilan, Peribadi dan Profesional Pegawai Tadbir Diplomatik

Kursus Penampilan, Peribadi dan Profesional Pegawai Tadbir Diplomatik

Kursus Penampilan, Peribadi dan Profesional Pegawai Tadbir Diplomatik

Kursus Penampilan, Peribadi dan Profesional Pegawai Tadbir Diplomatik

Terima kasih atas sambutan dan maklumbalas yang memberangsangkan daripada peserta-peserta yang hadir. Kami mendoakan kejayaan untuk semua peserta, selamat memulakan tugasan dan tanggungjawab sebagai seorang Pagawai Tadbir Diplomatik dengan penuh dedikasi dan cemerlang, demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Kami kongsikan sebahagian daripada komen dan pendapat peserta yang hadir mengenai Kursus 3P : Penampilan, Peribadi dan Profesional ini :

  1. Isi kandungan sangat bertepatan dan memenuhi keperluan Kadet PTD sebagai panduan untuk masa akan datang – Atirah Nor Hashim
  2. Informatif dan memberi inspirasi agar sentiasa menjaga penampilan – Mohamad Shahrul Bin Mohd Shafie
  3. Sangat berpengetahuan – Mohd Azrul B. Salleh Putin
  4. Sangat informatif dan penyampaian yang jelas – Nur Hasyimah
  5. Sangat profesional – Adlina Dhiya
  6. Menarik! Tambahan maklumat! – Nur Farahin Binti Alias
  7. Good! Good interaction, good voice intonation – Jovinasm Singh A/L Jagjit Singh
  8. Perkongsian yang sangat berguna. Terima kasih – Fahim
  9. Bagus. Teruskan – Safinas Haniza
  10. Mantap! – Hishamuddin Bin Zaidi

Anda berminat untuk mengadakan Kursus 3P : Penampilan, Peribadi dan Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

 

 

Thursday, August 6th, 2020August 6, 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.