Optical Illusion Pada Baju kurung

562888_390633520986353_53826273_n

1. Bagi peminat baju kurung ‘mono pattern’ (corak sama dan selari di semua bahagian baju dan kain), berita baik untuk anda kerana corak sebegini sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan.
Ini adalah kerana ia memberi ilusi seimbang daripada bahagian atas badan hingga ke bawah dan tidak menonjolkan dan menarik perhatian umum terhadap mana-mana bahagian pada tubuh, dengan syarat saiz baju adalah tepat. Saiz baju yang tepat bermaksud tidak ketat dan tidak longgar. Memakai baju kurung yang terlalu ketat iaitu terlalu mengikut bentuk badan dan melekat kepada kulit badan adalah melanggar prinsip sopan dalam berpenampilan dan lebih dari itu menunjukkan si pemakai tidak teliti dalam menjaga aurat. Perlu diingat menjaga aurat bukan hanya bermaksud menutup kulit badan tetapi juga menutup bentuk badan daripada dilihat umum.

376286_390084944374544_73797536_n

2. Garis menegak pada baju kurung akan menyebabkan pemakai kelihatan lebih kurus dan tinggi. Corak yang sama dari atas hingga bawah (pada baju dan kain) amat sesuai bagi wanita yang mempunyai susuk tubuh ‘Pear’ (saiz pinggul besar) dan ‘Apple'(saiz pinggang besar), kerana dapat memberi kesan bentuk badan yang seimbang.

 

603802_390095797706792_1573831095_n

3. Baju kurung ini amat sesuai bagi wanita yang mempunyai susuk tubuh kon (segitiga terbalik), iaitu bahagian atas badan lebih besar daripada bahagian bawah badan. Mereka yang berbadan bentuk begini mempunyai pinggul lebih kecil berbanding bahagian bahu, lengan dan dada. Baju kurung ini mempunyai warna gelap di bahagian atas dan warna cerah di bahagian bawah. Warna gelap di bahagian atas baju kurung ini boleh memberi kesan mengecilkan bahagian atas si pemakai. Manakala warna cerah dan corak yang ada di bahagian bawah baju kurung yang seterusnya bersambung dengan kain dapat memberi kesan melebarkan dan menyeimbangkan tubuh si pemakai.

 

376893_390100427706329_1417860326_n

4. Corak bulatan yang besar dan banyak akan memberi kesan membesarkan saiz badan, dan perlu dielakkan oleh mereka yang bersaiz besar.

484012_390102701039435_1907450320_n

5. Walaupun baju kurung ini berwarna gelap, berhati-hati kepada wanita yang mempunyai bentuk badan ‘apple’ (saiz pinggang besar) yang meminati baju ini kerana corak garisan melintang di bahagian tengah baju kurung ini apabila dipakai oleh wanita berbentuk apple akan menarik perhatian dan menonjolkan saiz pinggang yang besar. Baju ini sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai saiz pinggang yang kecil termasuklah mereka yang berbentuk ‘hourglass’, ‘ruler’ dan ‘kon’.

599780_390084764374562_1956376748_n
6. Corak daun tirus dan memanjang yang berpaut pada tangkai tegak akan membuat pemakai kelihatan lebih tinggi dan kurus.Tona warna hijau terang pada baju kurung ini sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit cerah.Kepada wanita yang mempunyai tubuh bersaiz besar (grand) sesuai mengenakan baju kurung ini memandangkan corak yang besar hanya di satu bahagian hadapan baju dan tidak sarat. Corak tersebut akan menarik perhatian menyebabkan si pemakai yang akan kelihatan lebih kecil.
Optical Illusion Pada Baju kurung
7. Garisan memanjang di sebelah kiri, kanan dan tengah dapat memberikan ilusi kurus dan tinggi kepada pemakai.Wanita yang mempunyai bentuk badan ‘pear’ (pinggul yang lebar) amat sesuai memakai baju ini kerana garisan memanjang dari kedua-dua arah bahagian kiri dan kanan hadapan baju ini mampu menyorokkan saiz pinggul yang lebar dan menyeimbangkan bentuk badan.

Sunday, February 2nd, 2014February 2, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *