Muslimah Dan Kasut Tumit Tinggi

Kasut adalah sebahagian daripada penampilan diri dan ciri-ciri yang ada pada sepasang kasut yang dipakai akan menunjukkan personaliti dan imej diri si pemakainya. Pada zaman sekarang ini, kasut bertumit tinggi (High heels) sudah menjadi satu trend terkini yang normal di kalangan muslimah. Bukan sekadar peragawati di pentas dan artis yang menggunakan kasut ini, malah kebanyakan wanita yang bekerja di pejabat, di jalanan, di pusat membeli belah dan di kolej serta universiti turut sama bergaya dengan kasut tumit tinggi ini.

Sebagai seorang muslimah, sangat penting kita prihatin terhadap hukum memakai kasut tumit tinggi ini. Adakah syariat membenarkan wanita Islam memakai kasut tumit tinggi?

Kadang-kala mungkin kita terfikir kenapakah ada wanita yang sanggup memakai kasut yang tumitnya sangat tinggi ini, sedangkan ia hanya menyakitkan kaki, mengundang ketidakselesaan dan menyukarkan pergerakan, dan bagi mata yang melihat, wanita yang berkasut tinggi ini kelihatan agak pelik penampilannya dan pasti menarik perhatian umum.

images (6) images (5) 12304-aeiou-12305-high-heel-wedding-shoes-waterproof-shoes-aeioumall-1408-15-aeioumall@2 images (5)

Ada yang menggunakan kasut yang tumitnya tinggi dan tajam, ada juga yang menggunakan kasut yang bertapak tinggi yang tebal dan bertapak rata. Yang pasti ia adalah kasut yang tumitnya sangat tinggi (melebihi 2 inchi).

Timbul persoalan apakah hukumnya di dalam Islam memakai kasut bertumit tinggi ini?

Para ulama’ seperti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz dan Sheikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahumullah berpendapat bahawa menggunakan kasut bertumit tinggi ini tidak boleh dipakai kerana berisiko untuk jatuh dan membahayakan diri.

Dalil:

وَلاَ تُلْقُوْا بِأَيْدِيْكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Al-Baqarah: 195)

Selain daripada memberikan kesan negatif kepada kesihatan, kenapakah Islam menghalang wanita memakai kasut tumit tinggi? Apabila kita perhatikan, dengan memakai kasut bertumit tinggi akan membuatkan cara berjalan seseorang perempuan itu menjadi sedikit berbeza iaitu menjadi lebih berlenggok-lenggok, menonjolkan bentuk pinggul dan tubuh dan juga menjadikan seseorang perempuan itu kelihatan lebih tinggi.

Hal ini menyebabkan ia termasuk dalam kategori tabarruj, bermaksud mempunyai sumber penipuan dan menonjolkan keindahan tubuh wanita. Ini dilihat sebagai sesuatu yang menampakkan kecantikan diri dan bercanggah daripada ajaran dimana perempuan hanya boleh menampakkan kecantikannya pada orang yang mahram atau orang orang yang dibenarkan syara’ sahaja. Tambahan, menggunakan kasut bertumit tinggi ini adalah salah satu budaya atau kebiasaan perempuan Yahudi dan Nasrani. Mereka menggunakan kasut tersebut bagi menampakkan kecantikan mereka dan memikat pandangan lelaki.

Oleh itu, sebaiknya muslimah menjaga dirinya dari hal-hal meniru (tasyabbuh) orang-orang kafir dan jahiliyah. Amatlah merugikan hanya kerana sepasang kasut mampu menjerumuskan diri wanita ke api neraka. 

Peraturan dalam penampilan profesional ketika bekerja di pejabat dan berurusan juga tidak membenarkan wanita memakai kasut yang ketinggiannya melebihi 2 inchi. Ini adalah kerana mesej yang kelihatan pada wanita bertumit tinggi bukanlah untuk bekerja dan hilang kredibiliti dalam urusannya.

Selain daripada itu, menggunakan kasut bertumit tinggi mempunyai banyak implikasi terhadap kesihatan. Sebagai contoh, risiko pembuluh darah membengkak, pereputan katlej sendi kaki, merosakkan tendon Achilles, perubahan postur tulang belakang dan lain-lain. Jadi, apabila sesuatu sifat atau perbuatan itu mengundang kepada risiko yang akan memudaratkan diri, hukumannya menjadi haram.

Gambarajah di bawah menerangkan dengan lebih jelas bagaimana kasut bertumit tinggi ini mampu memberikan kesan negatif kepada tubuh kita.

Muslimah Dan Kasut Tumit Tinggi

Wednesday, September 9th, 2015September 9, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *