Mengenali Empat Jenis Fabrik Hijab : Kelebihan dan Kekurangan

Bagi wanita bertudung, adalah penting juga untuk kita mengenali jenis fabrik tudung yang dipilih, selain daripada memilih warna, corak dan design tudung. Kali ini kami mahu berkongsi dengan anda empat jenis fabrik tudung yang ada banyak di pasaran, iaitu satin, kapas, sifon dan polister.

1) SATIN

 

Adakah corak dan warna tudung sudah cukup menyerlah pesona ?

Belum tentu.

Bercorak atau polos, tidak semua wanita mampu memakai shawl satin di wajah. Kenapa?

Kilauan yang terhasil dari teksturnya yang berkilat akan menampakkan wajah lebih berisi. Ia juga akan menyerlah parut, jerawat dan sebarang cela di wajah.

Siapa yang boleh memakai shawl satin?
Wanita yang rangka wajahnya kecil, berkulit cerah dan memiliki kulit wajah yang flawless dan tiada masalah kulit wajah.

Bagaimana sekiranya wanita yang tidak memiliki ciri-ciri di atas tetap ingin memakai shawl satin?

Pilih warna shawl satin yang lebih gelap.

Namun bagi menghadiri majlis makan malam yang grand dan majlis-majlis yang ekstravaganza, boleh memilih satin yang berkualiti untuk menampakkan impak mewah. Lampu yang bergemerlapan dan melimpah cahaya di dewan mampu menaikkan aura elegan dan seri wajah anda.

 

2) KAPAS

Kepada wanita yang mementingkan keselesaan, tudung daripada kain kapas pastinya menjadi pilihan, disebabkan kain kapas sangat semulajadi kerana mengandungi fiber yang tidak menjejaskan kulit sensitif.

Selain daripada itu, tudung daripada kain kapas menjadi pilihan kerana penjagaannya yang tidak rumit dan juga tidak perlu diseterika.

Waktu dan acara apakah sesuai untuk memakai tudung daripada kain kapas?

Tudung ini sesuai dipakai ketika waktu santai, acara outdoor dan ketika melakukan aktiviti lasak dan yang mengeluarkan peluh.

Tudung daripada kain kapas tidak sesuai dipakai ketika waktu formal (bekerja di dalam pejabat, mesyuarat, pertemuan bisnes, temuduga, pembentangan bisnes dan kerja) kerana ianya menampakkan anda kelihatan santai dan kasual.

Tudung ini juga tidak begitu nampak mewah dan elegan, maka kurang sesuai untuk dibawa menghadiri majlis makan malam yang grand dan ekstravaganza.

 

3.) SIFON

 
Kain sifon merupakan kain yang diperbuat daripada gabungan sutera, katun, nilon, polister dan rayon. Kain sifon ini agak nipis dengan kilauan yang samar dan tenunan sederhana.
 
Tudung sifon sesuai untuk dipakai menghadiri acara formal dan tampak anggun dan elegan untuk majlis-majlis makan malam.
 
Terdapat pelbagai jenis tudung sifon di pasaran. Tudung sifon yang termahal adalah daripada jenis sutera sifon, dan tudung ini perlukan penjagaan dan pencucian khusus.
 
Tudung sifon yang paling banyak dijual di pasaran adalah daripada kain yang menggunakan bahan sintetik karena bahan sintetik lebih kukuh dan sangat baik untuk pewarnaan.
 
 Oleh kerana teksturnya yang ringan dan agak nipis maka tudung sifon mudah digayakan dengan pelbagai gaya dan cantik beralun. Kepala yang memakai tudung sifon akan rasa ringan dan tidak ‘heavy’.
 
Tudung Sifon tidak mudah berkedut dan berlapis-lapis di bahagian muka dan tidak melekat. Walaubagaimanapun tudung sifon ini tidak mudah untuk dijahit.

 

4) POLISTER

Mengenali Empat Jenis Fabrik Hijab

 

Tudung dari fabrik polister sangat mudah diuruskan kerana ia tidak mudah kusut, tidak memerlukan penjagaan dan cucian khusus dan ianya juga mudah kering bila dibasuh dan basah. Selain itu, bahan ini juga tidak mudah kusut dan tidak memerlukan perawatan khusus.

Walaubagaimanapun tudung ini mempunyai tahap penyerapan peluh yang lebih rendah berbanding dengan fabrik semulajadi. Maka ianya tidak sesuai dipakai dalam keadaan yang panas terik. Ianya sesuai dipakai dalam keadaan yang dingin dan dalam bangunan yang dipasang  penghawa dingin. Teksturnya yang kurang terletak jatuh juga membuatkan ianya tidak sesuai bagi si pemakai tudung ini untuk mempelbagaikan gaya tudung.

 

Wednesday, February 15th, 2017February 15, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *